Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

LELAKI DIBAKAR ISTERI KERANA JUDI ONLINE

 

    INDONESIA -- Seorang anggota polis wanita dilaporkan telah membakar suaminya sendiri hingga menyebabkan kematian. Pelaku dikenal pasti sebagai Briptu Fadhilatun Nikmah atau FN, 28 tahun manakala mangsa yang berusia 27 tahun pula bernama Briptu Rian Dwi Wicaksono yang juga merupakan seorang anggota polis.

    Difahamkan FN telah membakar suaminya itu di garaj rumah mereka pada hari Sabtu lalu (8/6/2024). Susulan kejadian tersebut, RDW dilaporkan telah melecur hingga 90% pada tubuh badannya. Dia sempat dirawat di hospital sebelum meninggal dunia pada hari Ahad (9/6/2024).

     Menerusi keterangan daripada pihak polis, kejadian berlaku selepas pasangan suami isteri terbabit bertengkar di mana punca pertengkaran adalah tentang isu gaji. FN sebelum itu telah pergi memeriksa akaun bank RDW untuk menyemak wang bonus. FN kemudian terkejut setelah mendapati akaun bank suaminya hanya mempunyai wang berjumlah 800 000 rupiah (RM231) sedangkan jumlah yang sepatutnya adalah 2 800 000 rupiah (RM811).

    Semasa pertengkaran tersebut, FN sempat menggari tangan suaminya lalu diikatkannya pada tangga lipat di garaj. Sesudah itu, FN telah menyimbah minyak petrol pada tubuh RDW. FN seterusnya menyalakan pemetik api sebelum membakar tisu yang dipegang dengan tangan kanan sambil berkata, "Ini lo yang lihaten iki (lihatlah ini)". RDW terus menjerit meminta pertolongan selepas api itu menyambar tubuh badannya.

    FN sudah pun ditahan pihak polis. Siasatan awal mendapati RDW sering menghabiskan wang untuk berjudi secara dalam talian berbanding menyara kehidupan isteri dan tiga orang anaknya. Buat masih sekarang, pihak polis masih lagi menyiasat jika terdapat sebarang kemungkinan lain yang mendorong FN berbuat sedemikian selain faktor kekerasan dalam rumah tangga. Pada masa sama, FN akan diberikan bantuan secara psikologi memandangkan dia sendiri masih lagi trauma dengan aksinya membakar RDW.

Catat Ulasan for "LELAKI DIBAKAR ISTERI KERANA JUDI ONLINE"