Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

TELEFON LEGENDA NOKIA 3310

     Pada tahun 2016 yakni bertempat di negara Afghanistan, berlakunya satu insiden telefon legenda "Nokia 3310". 

     Kisahnya, seorang lelaki yang dipercayai sebagai seorang pengawal keselamatan telah menjadi mangsa serangan bersenjata. Namun tanpa diduga, lelaki itu terselamat berpunca daripada telefon bimbit Nokia 3310 yang disimpan di dalam poket bajunya.

     Berdasarkan laporan, lelaki itu sedang menjalankan tugas sebelum dia tiba-tiba diserang oleh seorang individu bersenjata. Sebutir peluru dilepaskan ke arahnya, tepat mengenai bahagian dada. Dalam situasi sebegini, tembakan sedemikian boleh membawa maut atau sekurang-kurangnya menyebabkan kecederaan serius. Seperti yang diberitahu, nasib menyebelahi lelaki berkenaan kerana peluru tersebut telah terkena pada telefon Nokia 3310 yang tersimpan di dalam poketnya. Telefon itu bertindak sebagai perisai, menyerap sebahagian besar daya impak peluru dan menghalang peluru daripada menembusi tubuh lelaki tersebut.

 
     Beberapa gambar kejadian yang menunjukkan Nokia 3310 itu yang rosak teruk akibat peluru tersebut kemudian tersebar di laman media sosial. Cuma harus diketahui tiada laporan rasmi dari pihak berkuasa atau sumber berita yang boleh mengesahkan insiden ini benar-benar berlaku. Walau bagaimanapun, Nokia 3310 akan terus dikenang sebagai antara telefon paling tahan lasak dalam sejarah teknologi.

Catat Ulasan for "TELEFON LEGENDA NOKIA 3310 "