Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

FOTO TERAKHIR SEBELUM DILANGGAR KERETA API


     Pada petang 15 Oktober 2011, tiga orang remaja perempuan di Utah, Amerika Syarikat iaitu Essa Ricker, Kelsea Webster, dan Savannah Webster keluar bersama untuk mengambil gambar di satu kawasan landasan kereta api. Essa dan Kelsea masing-masing berusia 15 tahun manakala Savannah ialah adik Kelsea yang baru berusia 13 tahun. Mereka bertiga sangat rapat dan suka mengambil gambar bersama terutama di tempat-tempat yang cantik dan tenang seperti di kawasan pergunungan Spanish Fork Canyon.

     Ketika itu mereka berdiri di atas kawasan landasan, mungkin kerana mereka fikir itu tempat yang menarik untuk mengambil gambar. Kawasan itu memang sering digunakan orang lain untuk mengambil gambar kerana pemandangannya yang cantik terutama ketika matahari hampir terbenam. Semasa mereka berada di situ, sebuah kereta api datang dari arah barat. Mereka nampaknya menyedari kehadiran kereta api itu. Malah menurut laporan, mereka sempat melambai ke arah pemandu dan kru kereta api sambil bergambar.

     Malangnya pada masa yang sama, sebuah lagi kereta api datang dari arah bertentangan. Mereka tidak sedar tentang kereta api kedua ini. Dua kereta api itu datang dari arah bertentangan di atas dua landasan bersebelahan dan jarak antara kedua-dua landasan sangat rapat. Ketika mereka berdiri di tengah-tengah antara dua landasan, mereka mungkin menyangka mereka masih selamat kerana tidak berada betul-betul di atas landasan yang digunakan. Namun saiz dan kelajuan kereta api sangat besar dan laju, serta bahagian sisi kereta api boleh mengenai sesiapa yang terlalu dekat.

     Dalam beberapa saat sahaja, kereta api yang datang dari arah bertentangan telah melanggar mereka. Essa Ricker dan Kelsea Webster meninggal dunia di tempat kejadian. Savannah Webster pula cedera parah dan dibawa ke hospital. Malangnya selepas beberapa hari dirawat, Savannah juga meninggal dunia kerana kecederaannya sangat serius.

     Berita tentang kejadian ini mengejutkan ramai orang. Ramai yang bersedih dan tidak menyangka perkara sebegitu boleh berlaku hanya kerana mahu mengambil gambar. Pihak berkuasa dan media mula memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak berdiri di kawasan landasan kereta api walaupun hanya untuk mengambil gambar. Landasan kereta api bukanlah tempat untuk bergambar atau bermain kerana ia sangat berbahaya. Kereta api tidak boleh berhenti serta-merta dan kelajuannya sangat tinggi.

Selepas kejadian ini, gambar dan kisah ketiga-tiga remaja ini digunakan dalam kempen keselamatan di Amerika Syarikat untuk mendidik orang ramai, terutamanya remaja tentang bahaya bermain atau bergambar di landasan. Kisah ini menjadi pengajaran besar tentang betapa sesuatu yang kelihatan menyeronokkan dan tidak berbahaya boleh bertukar menjadi detik terakhir dalam hidup seseorang. Kehilangan Essa, Kelsea dan Savannah bukan sahaja menyedihkan keluarga mereka, malah turut menyentuh hati ribuan orang yang mendengar kisah mereka.

Catat Ulasan for "FOTO TERAKHIR SEBELUM DILANGGAR KERETA API"