Kisah Carlos DeLuna: Antara Kesilapan Keadilan dan Gangguan Selepas Pembunuhan

Operator 911 menenangkan Wanda dan meminta maklumat lanjut tetapi panggilan tersebut terputus secara mengejut. Polis yang bergegas ke lokasi kejadian tiba hanya beberapa minit kemudian dan mendapati pintu kaca premis terbuka serta ada kesan darah di lantai. Mayat Wanda ditemui terbaring berhampiran kaunter dalam keadaan berlumuran darah dengan beberapa kesan tikaman di bahagian dada dan belakang. Laporan forensik kemudian menunjukkan Wanda ditikam sekurang-kurangnya sembilan kali dan terdapat tanda-tanda dia bergelut dengan penyerangnya. Pakaiannya koyak sedikit di bahagian dada, menunjukkan kemungkinan berlaku pergelutan fizikal yang kuat sebelum dia rebah.

Tidak lama selepas itu, seorang anggota polis ternampak seorang lelaki berlari di kawasan berhampiran dan bersembunyi di bawah sebuah kereta. Lelaki tersebut ialah Carlos DeLuna, 20 tahun iaitu seorang penganggur yang mempunyai rekod jenayah kecil berkaitan kecurian dan penyalahgunaan dadah. Dia ditahan serta-merta walaupun tiada senjata pembunuhan ditemui bersamanya dan bajunya juga tidak menunjukkan kesan darah yang selaras dengan kejadian ganas yang berlaku.
Ketika soal siasat, DeLuna memberitahu bahawa dia memang berada berhampiran stesen minyak tetapi melarikan diri kerana takut apabila melihat kejadian itu berlaku. DeLuna mendakwa bahawa pembunuh sebenar ialah seorang lelaki bernama Carlos Hernandez yang dia kenal sejak kecil dan tahu mempunyai sejarah jenayah dan masalah dadah. Walau bagaimanapun, pihak pendakwa raya tidak percaya dengan penjelasan itu. Mereka mendakwa bahawa Hernandez hanyalah watak rekaan dan tiada bukti bahawa orang itu wujud atau terlibat.
Semasa perbicaraan, pendakwa raya menekankan bahawa DeLuna ditemui berhampiran tempat kejadian dan tidak dapat memberikan penjelasan yang meyakinkan. Barisan pembela gagal membuktikan kewujudan Carlos Hernandez. Tambahan pula saksi-saksi mendakwa melihat seseorang yang menyerupai DeLuna melarikan diri dari stesen minyak. Mahkamah akhirnya menjatuhkan hukuman mati kepada DeLuna pada tahun 1983 dan dia dieksekusi melalui suntikan maut pada tahun 1989 yakni ketika berusia 27 tahun.

Lebih mengejutkan semasa DeLuna berada di dalam penjara menunggu hukuman mati, dia dilaporkan mengalami gangguan emosi yang ketara. Beberapa pengawal penjara dan rakan banduan mendakwa DeLuna sering bercakap seorang diri pada waktu malam dan menyebut nama Wanda dalam keadaannya yang cemas. Ada laporan menyebut DeLuna sering terbangun dengan peluh dingin selain mengatakan dia melihat wanita itu berdiri di penjuru sel dan mendengar suara menangis. Walaupun gangguan ini mungkin boleh dijelaskan sebagai tekanan jiwa, sesetengah pihak melihatnya sebagai tanda rasa bersalah yang mendalam selepas melihat insiden yang dia tidak dapat untuk halang.
Lebih 15 tahun selepas kematian Carlos DeLuna, kes ini mendapat perhatian semula melalui kajian mendalam oleh pasukan penyelidik dari Columbia Law School, diketuai oleh Profesor James Liebman. Mereka menerbitkan laporan setebal 400 muka surat bertajuk Los Tocayos Carlos (bermaksud Nama Kembar Carlos) yang memaparkan bukti terperinci bahawa DeLuna mungkin dihukum mati secara salah.
Dalam laporan tersebut, mereka berjaya mengesan bahawa Carlos Hernandez memang wujud dan memiliki rekod jenayah yang selari dengan modus operandi dalam pembunuhan Wanda termasuk sejarah menyerang wanita menggunakan pisau. Malah selepas DeLuna dihukum mati, Hernandez beberapa kali mengaku kepada rakan-rakan bahawa dialah pembunuh sebenar.
Penemuan ini membuka jalan kepada penerbitan dokumentari bertajuk The Phantom (2021) arahan Patrick Forbes yang meneliti semula kes ini secara menyeluruh. Dokumentari ini menggabungkan wawancara dengan saksi asal, peguam, ahli keluarga mangsa dan tertuduh serta penyiasat. Ia mempersoalkan bagaimana sistem kehakiman boleh mengenepikan bukti kritikal dan bagaimana identiti Carlos Hernandez tidak disiasat lebih mendalam.
Dalam dokumentari itu juga, beberapa pihak penjara yang pernah bertugas di sel hukuman mati memberikan kenyataan tentang tingkah laku DeLuna yang aneh. Mereka mengakui bahawa walaupun dia dihukum kerana pembunuhan kejam, perwatakannya tidak mencerminkan seorang pembunuh, malah lebih menyerupai seseorang yang mengalami tekanan jiwa atau trauma mendalam.
Catat Ulasan for "Kisah Carlos DeLuna: Antara Kesilapan Keadilan dan Gangguan Selepas Pembunuhan"