Kanak-Kanak 13 Tahun Meninggal Dunia Selepas Makan Mi Segera Mentah di Mesir

Menurut laporan daripada pihak hospital yakni tidak lama selepas mengambil mi segera tersebut, Hamza mula mengadu sakit perut yang teruk, muntah, berpeluh dan berasa lemah. Keadaan Hamza bertambah kritikal dalam masa kurang dari setengah jam hingga menyebabkannya pengsan sebelum disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Bedah siasat awal mendapati tiada kesan bahan terlarang atau ubat-ubatan dalam tubuh kanak-kanak tersebut sekali gus menekankan bahawa kematian berlaku akibat komplikasi daripada pengambilan mi segera secara tidak betul.
Pihak pendakwa raya Mesir segera mengambil tindakan dengan menahan pemilik kedai yang menjual mi segera berkenaan dan melancarkan siasatan terhadap produk tersebut. Sampel dari bungkus mi segera telah dihantar ke makmal untuk dianalisis manakala mayat Hamza dihantar untuk bedah siasat lengkap bagi menentukan punca sebenar kematian. Pihak berkuasa menekankan bahawa produk mi segera yang dijual masih memenuhi spesifikasi keselamatan makanan di Mesir namun kejadian ini mendorong pemantauan yang lebih ketat terhadap produk makanan ringan.
Pakar gastroenterologi iaitu Dr. Hossam Abdel Aziz menyatakan bahawa pengambilan mi segera secara berlebihan dan tanpa dimasak boleh menyebabkan masalah kesihatan serius. Dia menegaskan bahawa kemungkinan kematian Hamza termasuk reaksi alergi terhadap bahan pengawet atau perisa tiruan, tersedak akibat mi masuk ke saluran pernafasan atau obstruksi usus akibat pengambilan dalam jumlah besar.
Walaupun tiada bukti saintifik yang menunjukkan mi segera secara langsung boleh menyebabkan kematian, pakar kesihatan menegaskan bahawa pengambilan yang salah dan berlebihan boleh membawa kepada komplikasi yang serius.
Catat Ulasan for "Kanak-Kanak 13 Tahun Meninggal Dunia Selepas Makan Mi Segera Mentah di Mesir"