KISAH KEMATIAN TUGBA YANG BENAR-BENAR MENGERIKAN

Pada 7 Februari 2013, satu kejadian ngeri telah berlaku di sebuah litar go-kart di Adapazarı, wilayah Sakarya, Turkiye. Mangsa, Tugba Erdogan, seorang mahasiswi berusia 23 tahun yang menuntut dalam jurusan Kejuruteraan Alam Sekitar di Universiti Sakarya tidak menyangka aktiviti santai bersama rakan-rakannya di pusat hiburan itu akan berakhir dengan kematian yang amat memilukan.
Kronologi kejadian bermula ketika Tugba sedang mengendalikan sebuah go-kart di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah. Menurut laporan, dia pada ketika itu mengenakan sehelai selendang yang tidak diikat kemas. Semasa kenderaan kecil itu sedang bergerak, selendang berkenaan secara tiba-tiba tersangkut pada bahagian tayar go-kart. Dalam tempoh yang amat singkat, tarikan kuat itu menyebabkan kepalanya tertarik dengan hentakan yang luar biasa sehingga tercabut daripada tubuh. Kejadian ini berlaku begitu pantas dan mengejutkan sehinggakan orang ramai di sekeliling tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkannya.
Selepas kejadian, suasana di pusat hiburan bertukar kecoh. Laporan menyebut bahawa Tugba tidak diberi helmet perlindungan sebelum menaiki go-kart tersebut. Malah pihak operator gagal mengingatkan pengunjung tentang risiko memakai aksesori longgar seperti selendang atau tudung labuh. Faktor kecuaian ini kemudiannya menjadi perhatian utama dalam siasatan polis serta prosiding mahkamah.
VKematian Tugba segera mendapat liputan meluas di media Turkiye. Orang ramai mula mempersoalkan tahap keselamatan di litar go-kart yang ketika itu semakin popular dalam kalangan belia. Ramai yang beranggapan bahawa pusat hiburan lebih mementingkan keuntungan berbanding keselamatan pelanggan. Beberapa wartawan dan pakar keselamatan juga menegaskan bahawa piawaian keselamatan asas seperti penggunaan helmet, pemeriksaan kenderaan serta larangan penggunaan pakaian atau aksesori longgar sepatutnya diwajibkan.

Proses perundangan yang menyusul membuktikan bahawa kejadian ini berpunca daripada kecuaian pengusaha litar. Pada tahun 2014, mahkamah memutuskan bahawa pengusaha arena go-kart terbabit yang dimiliki oleh dua beradik, sepenuhnya bertanggungjawab atas kematian Tugba. Hakim menyatakan dengan jelas bahawa mangsa tidak bersalah kerana dia tidak memiliki pengetahuan teknikal tentang risiko yang wujud, dan dia sebagai pelanggan berhak mendapat jaminan keselamatan daripada pihak operator. Salah seorang pengusaha dijatuhi hukuman penjara 2 tahun 6 bulan atas tuduhan menyebabkan kematian kerana kecuaian namun hukuman itu ditukar kepada denda kewangan sebanyak 18 200 lira (sekitar RM2000) yang boleh dibayar secara ansuran. Seorang lagi operator dikenakan hukuman penjara tanpa sebarang pengurangan.
Selain hukuman penjara, keluarga Tugba turut memfailkan saman sivil menuntut ganti rugi daripada pihak pengusaha litar, pusat beli-belah dan pembekal kenderaan. Selepas beberapa tahun proses perbicaraan yakni pada tahun 2016, mahkamah memerintahkan bayaran pampasan berjumlah 533 000 lira Turki (sekitar RM69 000) diberikan kepada keluarga mangsa yang merangkumi ganti rugi material dan emosi. Walau bagaimanapun, jumlah pampasan tersebut tidak pernah mampu mengubati kesedihan mendalam yang dialami oleh ibu bapa dan adik-beradik Tugba.
Upacara pengebumian Tugba diadakan di kampung halamannya di wilayah Kutahya. Ribuan penduduk, termasuk ahli keluarga, rakan-rakan universiti dan orang kampung hadir memberikan penghormatan terakhir. Kesedihan jelas tergambar apabila bapanya berkali-kali menyebut bahawa anaknya meninggal dengan cara yang sangat tragis.
Catat Ulasan for "KISAH KEMATIAN TUGBA YANG BENAR-BENAR MENGERIKAN "