Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Doktor Lakukan Hubungan Seks dengan Jururawat Semasa Operasi Pembedahan Pesakit

     UNITED KINGDOM — Seorang pakar anestetik iaitu Dr. Suhail Anjum menjadi tumpuan selepas didapati meninggalkan pesakit yang berada di bawah anestetik semasa prosedur pembedahan untuk melakukan hubungan intim dengan seorang jururawat di hospital. Walaupun tindakan itu disifatkan sebagai salah laku serius, tribunal perubatan United Kingdom menilai bahawa risiko pengulangan adalah rendah sekali gus membuka ruang untuk beliau kembali berkhidmat.

     Kejadian itu berlaku pada 16 September 2023 di Hospital Tameside, Greater Manchester. Dr. Anjum ketika itu bertugas dalam prosedur pembedahan laparoskopik pembuangan pundi hempedu. Pesakit berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sepenuhnya namun doktor tersebut meninggalkan dewan pembedahan selama kira-kira lapan minit. Dalam tempoh itu, dia yang sudsh berkahwin ditemui bersama seorang jururawat yang dirujuk sebagai “Nurse C” di sebuah teater pembedahan lain dalam keadaan intim.

     Walaupun tiada komplikasi dilaporkan terhadap pesakit, tindakan itu mencetuskan kebimbangan besar tentang keselamatan pesakit serta integriti profesion perubatan. Siasatan dalaman membawa kepada pemecatan Dr. Anjum pada Februari 2024. Kes tersebut kemudian dibawa ke Medical Practitioners Tribunal Service (MPTS) untuk penilaian lanjut.

     Tribunal menegaskan bahawa tingkah laku Dr. Anjum melanggar etika profesional dan boleh menjejaskan keyakinan orang awam terhadap perkhidmatan kesihatan. Namun panel juga mengambil kira bahawa dia mengakui kesalahan, menzahirkan penyesalan mendalam serta menyatakan insiden itu berlaku dalam konteks tekanan peribadi dan rumah tangga. Berdasarkan faktor-faktor tersebut, tribunal memutuskan bahawa risiko Dr. Anjum mengulangi salah laku itu adalah sangat rendah.

     Hingga stakat ini, tribunal tidak mengenakan hukuman disiplin berat seperti penggantungan lesen. Walau bagaimanapun, perbicaraan akan diteruskan untuk mempertimbangkan sama ada amaran rasmi perlu dicatat dalam pendaftarannya. Keputusan ini bererti Dr. Anjum masih mempunyai peluang untuk kembali beramal di United Kingdom bergantung kepada syarat-syarat lanjut yang bakal ditentukan.

Catat Ulasan for "Doktor Lakukan Hubungan Seks dengan Jururawat Semasa Operasi Pembedahan Pesakit"