Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

BUNUH ISTERI KERANA TIADA MAKANAN DI RUMAH


     INDONESIA — Satu kejadian pembunuhan berlaku di mana seorang lelaki dipercayai bertindak menikam isterinya sendiri hingga mati hanya kerana isu remeh iaitu tiada makanan di rumah. Kejadian mengerikan itu berlaku pada awal Oktober 2025 dan kini sedang disiasat oleh pihak polis daerah Bombana.

     Menurut laporan pihak berkuasa, pelaku berusia 30 tahun yang dikenali dengan inisial S pulang ke rumah dalam keadaan lapar dan marah selepas seharian bekerja. Ketika sampai di rumah, dia mendapati tiada makanan yang disediakan oleh isterinyan iaitu J yang juga berusia 30 tahun. Perkara itu mencetuskan pertengkaran antara pasangan suami isteri tersebut. Pertengkaran tersebut berubah menjadi kekerasan fizikal apabila emosi S memuncak.

     Berdasarkan siasatan polis yakni ketika kejadian berlaku, si isteri sempat meminta suaminya untuk membantu memasak air kerana ingin menyediakan susu untuk anak mereka yang masih kecil. Namun permintaan itu hanya menambah kemarahan pelaku. Suspek yang berasa marah dikatakan menyiramkan air panas ke arah tubuh mangsa. Mangsa yang menjerit kesakitan kemudian berlari ke arah belakang rumah dalam usaha menyelamatkan diri. Walau bagaimanapun, tindakan itu tidak mampu menyelamatkannya.

     Tanpa berfikir panjang, S didakwa mengejar isterinya hingga ke belakang rumah sambil membawa sebilah parang. Dia kemudian menikam isterinya dari arah belakang. Tikaman itu mengenai bahagian tubuh penting mangsa dan menyebabkan kehilangan darah yang banyak. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum sempat mendapatkan bantuan perubatan.

     Ketua Polis Daerah Bombana dalam kenyataannya kepada media mengesahkan bahawa suspek telah ditahan tidak lama selepas kejadian bersama barang bukti utama iaitu sebilah parang yang masih berlumuran darah. Pihak polis kini sedang melakukan siasatan lanjut untuk mengetahui punca sebenar pertengkaran dan menilai sama ada pelaku berada di bawah pengaruh alkohol atau bahan terlarang ketika kejadian berlaku.

     Pihak berkuasa memaklumkan bahawa pelaku kini berdepan tuduhan pembunuhan di bawah Kanun Keseksaan Indonesia dan berkemungkinan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah. 

Catat Ulasan for "BUNUH ISTERI KERANA TIADA MAKANAN DI RUMAH"