Kisah Kematian Ngeri Ryoko Ishida di Pagar Sekolah

Pada awal pagi 6 Julai 1990, satu kejadian ngeri hingga mengakibatkan kematian telah berlaku di Takatsuka Senior High School, Kobe, Prefektur Hyogo, Jepun. Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun bernama Ryoko Ishida yang ketika itu berada di tahun kedua pengajian sekolah menengah atas terbunuh dalam satu insiden yang tidak disengajakan. Kejadian ini berlaku hanya kerana peraturan ketat sekolah mengenai ketepatan masa dan tindakan rutin seorang guru yang menutup pintu pagar sekolah pada waktu masuk rasmi.
BSeperti kebiasaan di kebanyakan sekolah menengah di Jepun, waktu masuk pelajar ditetapkan pada jam 8:30 pagi. Pihak sekolah mengamalkan peraturan bahawa pintu pagar utama akan ditutup tepat pada waktu tersebut. Peraturan ini bertujuan mendidik para pelajar tentang nilai ketepatan masa, satu budaya yang sangat dipegang teguh oleh rakyat Jepun. Murid yang lewat dianggap melanggar disiplin dan biasanya mereka tidak dibenarkan masuk terus ke kelas tanpa melalui prosedur teguran atau hukuman tertentu.
BNamun pada pagi malang itu, Ryoko Ishida tiba lewat beberapa minit. Ketika dia bergegas ke pintu masuk sekolah, seorang guru bernama Toshihiko Hosoi sedang menutup pagar besi sekolah yang besar. Pagar tersebut bukanlah pagar biasa tetapi sebaliknya seberat hampir 500 paun atau kira-kira 227 kilogram sekali gus menjadikan ia struktur yang sangat berat dan berbahaya jika tidak dikendalikan dengan cermat. Malangnya ketika Ryoko cuba memasuki kawasan sekolah, kepalanya tersepit di antara pagar besi yang sedang ditutup dengan tiang pagar.
Kejadian itu berlaku pantas dan mengejutkan para pelajar lain yang berada berdekatan. Guru serta pelajar segera cuba membantu dan Ryoko dikejarkan ke hospital berdekatan. Walau bagaimanapun, kecederaan yang dialaminya terlalu parah. Selepas hampir dua jam dirawat, doktor akhirnya mengesahkan bahawa Ryoko telah meninggal dunia akibat kecederaan teruk di bahagian kepala dan leher.

Berita mengenai kematian Ryoko segera tersebar luas. Ramai yang mempersoalkan bagaimana sebuah peraturan disiplin boleh berakhir dengan meragut nyawa seorang pelajar. Kontroversi timbul sama ada sistem pendidikan Jepun terlalu menekankan aspek ketepatan masa dan disiplin sehingga mengabaikan keselamatan pelajar. Ada yang berpendapat bahawa budaya menghukum pelajar kerana kelewatan adalah keterlaluan apatah lagi jika ia dilaksanakan dengan cara fizikal seperti menutup pagar besar dan berat.
Kes ini juga membawa implikasi undang-undang. Guru yang menutup pagar, Toshihiko Hosoi telah dituduh atas kesalahan kecuaian profesional yang mengakibatkan kematian. Pada mulanya, dia dijatuhkan hukuman penjara satu tahun. Namun selepas perbicaraan lanjut, hukuman itu digantikan dengan percubaan selama tiga tahun. Walaupun tidak perlu menjalani hukuman penjara, reputasi Hosoi tercalar dan kes ini kekal menjadi contoh klasik bagaimana tindakan rutin seorang guru boleh berakhir dengan tragedi besar apabila digabungkan dengan peraturan disiplin yang terlalu ketat.
Catat Ulasan for "Kisah Kematian Ngeri Ryoko Ishida di Pagar Sekolah"