Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Viral Pengantin Lelaki Tinggalkan Pelaminan, Dipercayai Merajuk Akibat Isteri Masam Muka Semasa Majlis Kahwin


     INDONESIA– Sebuah majlis perkahwinan di Lombok, Nusa Tenggara Barat bertukar kecoh dan menjadi bahan bualan ramai selepas pengantin lelaki secara tiba-tiba meninggalkan pelaminan ketika majlis masih berlangsung. Kejadian itu yang dirakam oleh tetamu dan dimuat naik ke media sosial TikTok serta Instagram segera tular dan mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

     Dalam video berdurasi beberapa saat yang kini ditonton ratusan ribu kali itu, kelihatan pasangan pengantin sedang duduk di pelaminan dengan suasana majlis yang meriah. Namun keadaan tiba-tiba berubah apabila pengantin lelaki berdiri, melempar hiasan pelaminan yang dipegangnya ke arah kerusi kemudian mencabut ikat kepala tradisional Lombok yang dipakainya. Tanpa sepatah kata, dia terus berjalan meninggalkan pelaminan di hadapan para tetamu manakala pengantin perempuan hanya mampu duduk terdiam dengan ekspresi wajah yang kelihatan tegang dan muram.

     Beberapa tetamu yang berada di lokasi kelihatan terkejut dan bingung dengan tindakan tersebut. Tidak ada seorang pun yang cuba menahan atau memujuk pengantin lelaki berkenaan. Dalam rakaman itu juga kelihatan pengantin wanita yang menundukkan kepala tanpa sebarang reaksi menyebabkan ramai yang beranggapan dia sedang menahan malu di hadapan orang ramai.

      Menurut laporan media, punca sebenar tindakan pengantin lelaki itu masih belum dapat dipastikan. Namun berdasarkan spekulasi awal netizen, lelaki tersebut dikatakan berasa tersinggung atau marah selepas melihat isterinya bersikap dingin dan tidak menunjukkan ekspresi bahagia sepanjang majlis berlangsung. Beberapa pengguna media sosial menuduh pengantin wanita berwajah masam di pelaminan dan tidak mesra terhadap suaminya sekali gus menimbulkan suasana janggal di hadapan tetamu yang hadir. Ada juga yang berspekualasi bekas teman wanita pengantin lelaki  datang ke pernikahan tersebut. Kehadiran itu ternyata membuatkan pengantin perempuan berasa cemburu. 

     Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah kampung di Lombok Tengah. Walaupun lokasi tepat dan identiti pasangan pengantin tidak didedahkan, saksi yang hadir mendakwa suasana majlis menjadi canggung selepas insiden itu. Tidak lama kemudian, pihak keluarga kedua-dua belah pengantin dikatakan bergegas ke belakang pentas untuk menenangkan keadaan manakala majlis diteruskan secara sederhana bagi menghormati tetamu yang telah hadir.

     Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi daripada pasangan pengantin atau keluarga mereka berhubung kejadian tersebut. Usaha pihak media untuk mendapatkan penjelasan juga masih belum berhasil. Sumber rapat kepada keluarga memaklumkan bahawa pasangan tersebut kini memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu memperbesar isu yang sudah terlanjur tular di media sosial.

     Pihak berkuasa tempatan juga dilaporkan sedang meneliti rakaman asal bagi memastikan tiada unsur provokasi atau pelanggaran adat dalam insiden tersebut, memandangkan perkahwinan di Lombok lazimnya melibatkan ritual tradisional yang dianggap sakral. Walau bagaimanapun, belum ada sebarang tindakan lanjut atau pengesahan rasmi daripada pihak berwajib.

Catat Ulasan for "Viral Pengantin Lelaki Tinggalkan Pelaminan, Dipercayai Merajuk Akibat Isteri Masam Muka Semasa Majlis Kahwin"