KISAH PEMBUNUHAN KEJAM LANDY PARRAGA

Landy Parraga merupakan seorang model muda yang dikenali di Ecuador kerana penyertaannya dalam pertandingan ratu cantik tempatan. Selain aktif sebagai pempengaruh, dia menjalankan perniagaan kecil-kecilan termasuk menjual pakaian sukan dan produk import. Walaupun hidupnya dilihat glamor melalui media sosial, Landy bukanlah selebriti besar. Kehidupan Landy bagaimanapun berubah secara mendadak apabila namanya dikaitkan dalam siasatan jenayah berprofil tinggi di negara itu.
Nama Landy mula disebut-sebut selepas pihak berkuasa Ecuador menjalankan siasatan besar yang dinamakan Operacion Metastasis. Siasatan ini membongkar jaringan rasuah di dalam sistem mahkamah, polis dan beberapa Dalam dokumen komunikasi yang dirampas daripada Leandro El Patron Norero iaitu ketua sindiket dadah yang berpengaruh, penyiasat menemui beberapa mesej dan panggilan telefon yang menyebut nama Landy. Dalam komunikasi itu, Norero kerap menyebut Landy dengan cara yang menunjukkan dia pernah berhubung atau mengenali wanita tersebut. Menerusi teks mesej dan panggilan telefon yang disita, Norero dilihat risau jika isterinya mengetahui hubungannya dengan Landy selain menyebut bahawa hidupnya akan musnah jika perkara itu terbongkar.
Walaupun namanya dikaitkan dalam siasatan itu, Landy tidak pernah didakwa. Pihak berkuasa tidak mengesahkan bahawa dia terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah. Namun hakikat bahawa dia disebut dalam komunikasi kartel menyebabkan ramai mula mengaitkan kehidupannya dengan dunia jenayah terancang.

Hinggalah pada petang 28 April 2024, Landy dilaporkan berada di sebuah restoran dalam pusat membeli-belah di bandar Quevedo. Ketika sedang makan bersama teman lelakinya, dua lelaki bersenjata memasuki restoran tersebut. Berdasarkan rakaman kamera keselamatan, suspek memakai penutup muka dan topi bagi menyembunyikan identiti mereka. Mereka kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah Landy sebelum melarikan diri. Serangan itu dilakukan dengan pantas dan terancang sekali gus menunjukkan bahawa ia bukan insiden rawak. Landy meninggal dunia di tempat kejadian.
Selepas pembunuhan itu, pihak berkuasa memulakan siasatan besar-besaran. Salah satu nama yang dikaitkan ialah Lesther Eliu Vera Macias yang dikenali dengan gelaran Bacha. Dia dipercayai mempunyai hubungan dengan kumpulan jenayah Los Lobos, salah satu kumpulan jenayah paling berpengaruh di Ecuador. Mahkamah kemudian mengeluarkan waran tangkap terhadapnya selepas bukti awal menunjukkan penglibatannya dalam pembunuhan beberapa individu, termasuk kes Landy.

Selain itu, pihak berkuasa turut meneliti sama ada pembunuhan Landy mempunyai kaitan langsung dengan penyiasatan Metastasis atau sama ada ia merupakan tindakan balas dendam, cubaan menutup mulut, atau konflik peribadi yang lebih kompleks. Namun sehingga kini, pihak pendakwa masih belum mengesahkan motif sebenar pembunuhan tersebut.
Walaupun beberapa suspek telah dinamakan, kes ini masih belum selesai sepenuhnya. Motif sebenar pembunuhan Landy masih menjadi tanda tanya dan banyak persoalan belum terjawab. Adakah dia dibunuh kerana kaitan namanya dengan Norero? Adakah ia berkaitan konflik dalaman kartel? Atau adakah dia menjadi sasaran kerana mengetahui sesuatu yang tidak sepatutnya? Penyiasatan dijangka berterusan kerana kes ini berkait rapat dengan penyiasatan Metastasis yang melibatkan nama-nama besar dalam dunia jenayah terancang Ecuador.
Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM LANDY PARRAGA"