Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

GURU WANITA DIDAKWA LAKUKAN HUBUNGAN SEKSUAL DENGAN ANAK MURID

    AMERIKA SYARIKAT - Seorang guru seni di Wichita North High School, Nicole Morgan Baird Hernandez kini berdepan perbicaraan selepas dituduh melakukan hubungan seksual yang menyalahi undang-undang dengan seorang pelajar sekolah tersebut.

     Pada 22 Mei 2025, Unit Kanak-Kanak Terancam dan Hilang (Exploited & Missing Child Unit, EMCU) menerima laporan mengenai hubungan mencurigakan antara seorang guru dan seorang pelajar di sebuah sekolah awam tempatan. Beberapa hari kemudian, polis menahan Hernandez dan membawanya ke tahanan susulan siasatan awal yang mendapati wanita itu didakwa atas satu pertuduhan hubungan tidak sah. Setelah kertas siasatan lengkap dibentangkan, Pejabat Pendakwa Raya Sedgwick County mendakwa Hernandez dengan empat pertuduhan jenayah melibatkan unlawful sexual relations with a student iaitu hubungan seksual yang menyalahi undang-undang dengan seorang pelajar.

      Menurut dokumen mahkamah dan kandungan pertuduhan, hubungan tersebut tidak bermula secara langsung tetapi sebaliknya berasaskan komunikasi mesra, perhatian berlebihan dan tindakan manipulatif. Hernandez didakwa memikat pelajar berkenaan melalui mesej peribadi, layanan istimewa dan tingkah laku yang secara beransur-ansur membawa hubungan itu ke arah kontak fizikal. Dakwaan juga menyebut bahawa Hernandez mengambil kesempatan atas kepercayaan dan kedudukan autoritinya sebagai seorang pendidik.


     Sepanjang tempoh akhir persekolahan pelajar tersebut, dokumen mahkamah menyatakan bahawa hubungan itu akhirnya berubah menjadi hubungan seksual. Pertemuan di luar kawasan sekolah turut berlaku termasuk aktiviti di dalam kenderaan milik guru berkenaan yakni satu tindakan yang jelas menyalahi undang-undang.

     Selepas hubungan itu berakhir, pelajar berkenaan dilaporkan cuba menjauhkan diri. Namun Hernandez didakwa terus mencuba untuk menghubunginya termasuk muncul di tempat kerjanya dan menghantar mesej serta bentuk perhatian lain yang dianggap mencurigakan. Bukti yang dikemukakan termasuk catatan mesej, kad tulisan tangan dan komunikasi lain yang didakwa menunjukkan wujudnya penyalahgunaan kepercayaan.

     Hernandez kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak US$50 000 selepas ditahan dan dijadualkan hadir ke mahkamah bagi sebutan awal kes pada 16 Jun 2025. Menjelang Disember 2025, mahkamah memutuskan bahawa bukti yang dikemukakan adalah mencukupi untuk membawa kes tersebut ke perbicaraan penuh.


Catat Ulasan for "GURU WANITA DIDAKWA LAKUKAN HUBUNGAN SEKSUAL DENGAN ANAK MURID"