TERSALAH MASUK BILIK HOTEL, JURURAWAT WANITA DIROGOL TIGA LELAKI

INDIA — Satu kejadian serangan seksual berlaku selepas seorang jururawat berusia 30 tahun didakwa dirogol secara bergilir-galir oleh tiga lelaki dalam sebuah bilik hotel di bandar Chhatrapati Sambhajinagar, negeri Maharashtra, India. Ketiga-tiga suspek telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan dan tindakan undang-undang telah diambil.
Menurut kenyataan rasmi polis, mangsa yang merupakan jururawat di sebuah hospital swasta tiba di sebuah hotel berhampiran kawasan stesen keretapi pada malam Rabu, dipercayai untuk bertemu dengan seorang rakan. Dia merupakan penyumbang utama pendapatan keluarga, manakala suaminya baru sahaja memulakan pekerjaan selepas tempoh pengangguran yang panjang.
Kejadian berlaku sekitar jam 11 malam apabila mangsa keluar dari bilik hotel untuk mengambil panggilan telefon. Dalam keadaan gelap dan sebaik kembali, dia secara tidak sengaja mengetuk pintu bilik yang salah (bilik 205) sedangkan rakan yang ingin ditemui berada di bilik 105 di tingkat bawah. Walau bagaimanapun, tiga lelaki yang sedang berada dalam bilik tersebut sedang mabuk dan minum arak. Salah seorang daripada mereka dipercayai sengaja menarik mangsa masuk ke dalam bilik lalu menutup pintu dari dalam.
Dalam keadaan terkunci dan terperangkap, polis berkata mangsa telah dipaksa untuk meminum alkohol sebelum diserang secara seksual oleh ketiga-tiga suspek secara bergilir-galir sepanjang malam hingga ke awal pagi. Beberapa jam kemudian yakni antara jam 3 dan 4 pagi, mangsa berjaya membuka pintu bilik, melarikan diri dan menjerit untuk mendapatkan bantuan. Polis diberitahu tentang kejadian tersebut selepas mangsa membuat laporan rasmi di Balai Polis Vedant Nagar.
Pihak berkuasa bertindak dengan pantas menggunakan rakaman CCTV, memahami rekod tempahan bilik serta maklumat tempatan untuk mengesan dan menahan tiga suspek dalam masa kurang tiga jam setelah laporan dibuat. Ketiga-tiga lelaki itu dikenal pasti sebagai Ghanshyam Rathod (27 tahun), Rishikesh Chavan (25 tahun) dan Kiran Rathod (25 tahun) di mana dua daripadanya bekerja sebagai ejen pemulihan hutang dan seorang lagi sebagai pelajar MBA. Semua suspek telah ditahan dan direman empat hari bagi membantu siasatan lanjut.
Polis juga telah merakam kenyataan mangsa, menjalankan pemeriksaan perubatan forensik serta mendaftarkan kes di bawah beberapa seksyen relevan dalam Kanun Keseksaan India (Bharatiya Nyaya Sanhita) yang berkaitan dengan rogol berkumpulan, pengurungan salah dan gangguan jenayah. Siasatan masih diteruskan bagi mengumpul bukti tambahan serta menyediakan dokumen kes untuk pendakwaan di mahkamah.
Catat Ulasan for "TERSALAH MASUK BILIK HOTEL, JURURAWAT WANITA DIROGOL TIGA LELAKI "