Kisah Juruterbang Terbang Bebas Terjun Maut Demi Selamatkan Penumpang

     Pada tahun 2018, seorang juruterbang sukan udara dari Nepal telah mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan penumpang yang berada bersamanya semasa satu insiden cemas berlaku di udara. Kejadian ini berlaku di kawasan Kalimpong, sebuah lokasi pelancongan berbukit di negeri Bengal Barat, India yang terkenal dengan aktiviti terbang bebas dari bukit.

     Purushottam Timsina ketika itu berusia 22 tahun dan bekerja sebagai juruterbang terbang bebas secara berpasangan. Dia berasal dari Pokhara, Nepal, sebuah kawasan yang memang terkenal dengan aktiviti sukan udara. Pada hari kejadian,Purushottam membawa seorang pelancong lelaki berusia 32 tahun yang datang dari Patna, India untuk melakukan aktiviti terbang bebas seperti yang ditawarkan kepada pelancong di kawasan tersebut.

   Ketika mereka sedang berada di udara, satu masalah teknikal yang serius telah berlaku. Tali utama yang menyokong sistem terbang bebas tersebut dipercayai telah putus secara tiba-tiba hingga menyebabkan peralatan itu hilang kestabilan. Dalam keadaan genting dan berbahaya itu, kedua-dua mereka berada pada ketinggian yang boleh mengundang maut sekiranya kawalan sepenuhnya hilang.

     Walaupun menyedari risiko besar yang dihadapinya, Purushottam tidak panik dan tidak bertindak mementingkan diri. Dia sebaliknya berusaha sedaya upaya untuk mengawal arah pergerakan alat terbang tersebut agar tidak menjunam secara menegak. Dengan baki tenaga dan kemahiran yang ada, Purushottam cuba mengarahkan pendaratan ke kawasan yang kurang berbahaya walaupun peluang untuk menyelamatkan diri sendiri semakin tipis.

     Akhirnya, alat terbang itu terhempas ke kawasan pokok ketika cuba mendarat. Perlanggaran tersebut menyebabkan kedua-dua mereka mengalami kecederaan serius. Purushottam mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala manakala penumpangnya mengalami kecederaan termasuk patah tulang. Kedua-duanya segera dibawa ke pusat rawatan untuk mendapatkan bantuan kecemasan.

     Namun akibat kecederaan yang terlalu serius, Purushottam disahkan meninggal dunia tidak lama selepas kejadian tersebut. Penumpangnya pula terselamat walaupun mengalami kecederaan yang memerlukan rawatan lanjut. Keberanian Purushottam yang mengutamakan keselamatan orang lain berbanding nyawanya sendiri telah menjadikannya dianggap sebagai seorang wira oleh orang ramai. Tonton video kejadian tersebut di bawah:



Catat Ulasan for "Kisah Juruterbang Terbang Bebas Terjun Maut Demi Selamatkan Penumpang"