Kisah Video 1 Guy 1 Jar

Video yang dikenali sebagai 1 Guy 1 Jar merupakan salah satu video kejutan paling ikonik dan ngeri yang pernah muncul di internet pada awal tahun 2000-an. Video berdurasi pendek itu memaparkan seorang lelaki yang memasukkan sebuah balang kaca ke dalam duburnya. Walau bagaimanapun, tragedi berlaku apabila balang tersebut pecah di dalam badannya akibat tekanan. Apa yang membuatkan penonton berasa amat ngeri adalah ketenangan luar biasa lelaki tersebut. Dia tidak menjerit atau mengerang kesakitan walaupun mengalami pendarahan yang sangat hebat semasa mengeluarkan serpihan kaca dari badannya.
Identiti lelaki di dalam video tersebut akhirnya dikenal pasti sebagai Alexei Tatarov iaitu seorang lelaki warga Rusia yang menetap di Ukraine. Semasa kejadian itu dirakam sekitar tahun 2007 atau 2008, Alexei dilaporkan berusia kira-kira 40 tahun. Dia bukanlah seorang mangsa paksaan tetapi sebaliknya melakukan tindakan tersebut secara sukarela sebagai sebahagian daripada hobi ekstremnya. Menurut pengakuannya dalam beberapa temu bual kemudian, dia sering melakukan aktiviti tersebut dan biasanya akan mengisi balang dengan air untuk mengukuhkan struktur kaca. Cuma pada hari kejadian, dia terlupa berbuat demikian yang membawa kepada kemalangan tersebut.

Selepas kejadian itu tular, timbul pelbagai teori dan khabar angin yang mendakwa bahawa Alexei telah meninggal dunia akibat pendarahan dalaman atau jangkitan kuman (sepsis). Fakta bagaimanapun menunjukkan bahawa dia terselamat. Alexei mendedahkan bahawa dia hampir pengsan akibat kehilangan darah yang terlalu banyak sejurus selepas rakaman dihentikan. Namun dia memilih untuk tidak pergi ke hospital atau mendapatkan bantuan perubatan profesional kerana perasaan malu yang amat sangat terhadap punca kecederaannya.
Proses penyembuhan Alexei mengambil masa kira-kira dua minggu. Dia merawat dirinya sendiri di rumah walaupun dia mengakui masih terdapat serpihan kaca halus yang tertinggal di dalam badannya kerana sukar untuk dikeluarkan sepenuhnya. Meskipun menghadapi detik cemas yang hampir meragut nyawanya, Alexei dilaporkan tidak serik dan terus menjalani gaya hidup tersebut. Alexei malah sedar akan kemasyhuran hitam yang diterimanya di internet di mana dia menganggapnya sebagai satu pencapaian peribadi yang unik.
Catat Ulasan for "Kisah Video 1 Guy 1 Jar"