Kisah Wanda Holloway: Obsesi Seorang Ibu

Kes Wanda Fay Holloway merupakan antara kes jenayah paling mengejutkan dalam sejarah jenayah di Amerika Syarikat kerana ia berpunca daripada obsesi seorang ibu terhadap kejayaan anak perempuannya dalam aktiviti sekolah sehingga sanggup merancang pembunuhan. Kejadian ini berlaku pada awal tahun 1990-an di Houston, Texas.
Wanda Fay Holloway ialah seorang suri rumah yang tinggal di Houston, Texas pada awal 1990-an. Dia mempunyai seorang anak perempuan bernama Shanna Holloway yang aktif dalam pasukan sorak sekolah (cheerleading). Wanda dikenali sebagai ibu yang sangat menumpukan perhatian terhadap pencapaian anaknya dalam aktiviti sekolah. Dia menganggap kejayaan anaknya dalam pasukan sorak sebagai perkara yang amat penting untuk masa depan akademik dan sosialnya. Pada ketika itu, penyertaan dalam pasukan sorak peringkat tinggi dianggap satu pencapaian berprestij. Ia memberi peluang biasiswa selain meningkatkan pengiktirafan sosial di kalangan rakan sebaya.

Walaupun berbakat dan bekerja keras, Shanna Holloway gagal terpilih ke pasukan sorak peringkat lebih tinggi kerana persaingan dengan seorang pelajar lain bernama Amber Heath. Amber Heath menunjukkan prestasi lebih baik dalam latihan dan ujian pemilihan serta dianggap calon lebih layak untuk pasukan tersebut. Kegagalan ini menimbulkan kekecewaan yang mendalam dalam diri Wanda Holloway. Dia mula menyalahkan Amber sebagai punca anaknya tidak berjaya dan memikirkan bahawa selagi Amber berada dalam pasukan, Shanna tidak akan mendapat peluang.
Lama-kelamaan, kekecewaan ini berkembang menjadi rancangan yang serius. Wanda merancang untuk menyingkirkan Amber dengan cara ekstrem iaitu pembunuhan. Selain itu, dia juga merancang untuk membunuh ibu Amber, Verna Heath kerana percaya bahawa ibu tersebut akan menjadi penghalang kepada kejayaan Shanna jika masih hidup. Walau bagaimanapun, Niat Wanda diketahui oleh pihak polis selepas salah seorang individu yang mendengar perbualannya melaporkan perkara itu. Laporan itu menyatakan bahawa Wanda bercakap secara terbuka tentang rancangan untuk membunuh Amber dan ibunya serta menawarkan ganjaran bagi individu yang sanggup melaksanakannya.
![]() |
| Amber dan Verna Heath |
Polis kemudian menjalankan siasatan dan menugaskan seorang pegawai penyamar untuk mendekati Wanda sebagai orang yang kononnya boleh membantu melaksanakan pembunuhan tersebut. Dalam beberapa pertemuan, Wanda bercakap secara terbuka dengan pegawai penyamar tentang rancangan pembunuhan. Dia menyatakan secara spesifik bahawa Amber dan ibunya perlu disingkirkan dan membincangkan kaedah yang boleh digunakan. Wanda juga menawarkan ganjaran termasuk wang tunai dan sebuah kereta. Semua perbualan ini dirakam oleh polis secara sah sebagai bukti kukuh. Rakaman tersebut menunjukkan bahawa niat Wanda adalah jelas, rancangan dibuat dengan teliti dan bukan sekadar luahan kemarahan sesaat.
Berdasarkan bukti rakaman dan keterangan pegawai penyamar, polis menahan Wanda sebelum sebarang kejadian berlaku. Penahanan ini dibuat kerana rancangan itu jelas menunjukkan niat jenayah dan bukan sekadar ancaman kosong. Kes ini mendapat liputan meluas media kerana melibatkan kanak-kanak sebagai sasaran dan ibu yang merancang jenayah demi kepentingan anaknya sendiri.

Perbicaraan kes bermula pada tahun 1992. Pihak pendakwaan berhujah bahawa tindakan Wanda merupakan cubaan mengupah pembunuh yakni satu jenayah serius di bawah undang-undang Texas. Bukti yang dikemukakan termasuk rakaman audio perbualan, keterangan pegawai penyamar dan perincian ganjaran yang ditawarkan bagi melaksanakan pembunuhan. Pihak pembelaan berpendapat bahawa Wanda tidak berniat sebenar untuk membunuh dan hanya bercakap dalam keadaan emosi atau tertekan tetapi hujah ini tidak diterima mahkamah.
Wanda akhirnya disabitkan kesalahan. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun terhadap Wanda tetapi dia hanya menjalani hukuman sekitar enam bulan sebelum dibebaskan. Selepas pembebasan, Wanda dikenakan tempoh percubaan selama 10 tahun. Keputusan hukuman yang ringan ini mendapat kritikan daripada orang ramai dan keluarga mangsa kerana nyawa Amber dan Verna hampir terancam akibat rancangan Wanda. Amber Heath dan keluarganya terselamat secara fizikal tetapi mengalami tekanan psikologi yang berpanjangan akibat mengetahui bahawa nyawa mereka pernah menjadi sasaran pembunuhan. Amber kemudian berpindah sekolah untuk menjalani kehidupan lebih selamat dan tenang, jauh daripada perhatian media.

Catat Ulasan for "Kisah Wanda Holloway: Obsesi Seorang Ibu"