Kisah Xuming Li : Jiran dari Neraka

Pada tahun 2023, sebuah kes jenayah yang luar biasa dan membimbangkan telah berlaku di kawasan perumahan Tampa, Florida, Amerika Syarikat melibatkan seorang lelaki warga China bernama Xuming Li.
Xuming Li yang ketika itu berusia sekitar pertengahan 30-an merupakan seorang bekas pelajar kedoktoran dalam bidang kimia di sebuah universiti tempatan. Dia menetap di sebuah kompleks pangsapuri bertingkat manakala di unit atas rumahnya tinggal sebuah keluarga kecil yang terdiri daripada seorang lelaki bernama Umar Abdullah, isterinya dan seorang anak kecil. Menurut laporan, hubungan antara mereka mula menjadi tegang selepas berlakunya pertikaian berkaitan bunyi bising dari unit atas yang didakwa sering mengganggu ketenteraman Li.

Beberapa minggu selepas pertikaian tersebut, keluarga Abdullah mula mengalami masalah kesihatan yang pelik dan berulang. Antara gejala yang dialami termasuk sakit kepala berpanjangan, rasa loya, sesak nafas, keletihan melampau serta keguguran rambut yang ketara. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan kerana gejala tersebut berlaku hampir serentak dan semakin teruk dari hari ke haribsedangkan mereka tidak mempunyai sejarah penyakit serius sebelum itu.
Mencurigai sesuatu yang tidak kena, keluarga tersebut mengambil keputusan untuk memasang kamera keselamatan (CCTV) di luar pintu rumah mereka. Rakaman kamera itu kemudiannya mendedahkan satu perbuatan yang mengejutkan. Dalam rakaman berkenaan, Xuming Li dilihat beberapa kali datang ke pintu rumah jiran tersebut dan menyuntik cecair tidak dikenali ke bahagian bawah pintu menggunakan alat suntikan. Perbuatan ini dipercayai berlaku pada waktu malam bagi mengelakkan dikesan.
Rakaman tersebut diserahkan kepada pihak berkuasa dan siasatan segera dijalankan. Pasukan keselamatan bersama unit bahan berbahaya melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian. Hasil ujian awal mendapati cecair yang digunakan mengandungi bahan terkawal yang kuat iaitu ubat tahan sakit jenis opioid. Bahan ini sangat berbahaya sekiranya disalahgunakan atau terdedah kepada manusia tanpa kawalan perubatan terutama dalam ruang tertutup seperti kediaman.


Pada 27 Jun 2023, pihak polis telah menahan Xuming Li lalu membawanya ke balai untuk siasatan lanjut. Dia berdepan beberapa pertuduhan jenayah serius, termasuk menyerang secara berbahaya, mengintai jiran, menyebarkan bahan kimia berbahaya serta memiliki bahan terkawal tanpa kebenaran. Beberapa anggota polis yang terlibat dalam pemeriksaan lokasi turut dilaporkan mengalami kesan kesihatan ringan akibat terdedah kepada bahan tersebut.
Walaupun berdepan pertuduhan berat, Xuming Li mengaku tidak bersalah di mahkamah. Namun sebelum perbicaraan penuh dapat dijalankan, pihak imigresen Amerika Syarikat mengambil tindakan menghantarnya pulang ke China pada akhir tahun 2023 kerana status imigresennya. Deportasi tersebut menyebabkan proses perundangan tergendala. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa mengesahkan bahawa waran tangkap masih aktif sekiranya Xuming Li kembali ke Amerika Syarikat pada masa hadapan. Tonton video Xuming Li melakukan aksi jahatnya itu di bawah:
Catat Ulasan for "Kisah Xuming Li : Jiran dari Neraka"