Disangka Mayat, Rupanya Masih Bernyawa
![]() |
| Gambar sekadar hiasan (Janaan AI) |
Pada tahun 2012, satu kisah aneh telah berlaku di negara China yang melibatkan seorang guru tarian muda bernama Yuan Yuan. Segalanya bermula apabila Yuan Yuan yang ketika itu berusia awal 20-an tiba-tiba rebah akibat keletihan melampau semasa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian mendapati dia sudah tidak bernyawa. Setelah usaha resusitasi di hospital gagal, doktor mengesahkan kematiannya akibat serangan jantung mengejut.
Duka menyelimuti keluarga Yuan Yuan apabila menerima sekeping sijil kematian yang membawa erti kehilangan besar buat mereka. Memandangkan mereka bukan penduduk tempatan, keluarga tersebut memutuskan untuk membakar mayat anak gadis mereka di sebuah rumah mayat yang disyorkan oleh pihak hospital sebelum membawa abunya pulang ke kampung halaman. Yuan Yuan yang dikenali sebagai seorang yang sangat mementingkan kecantikan semasa hayatnya telah dipakaikan dengan gaun kegemarannya serta disolek dengan cantik oleh ibunya sebagai penghormatan terakhir sebelum proses pembakaran yang dijadualkan pada keesokan harinya.
Namun di sebalik kesunyian bilik mayat pada malam itu, satu tindakan di luar keperimanusiaan telah berlaku. Seorang pekerja muda berusia 20-an bernama Li Qiang yang sedang melakukan rondaan rutin bagi memastikan tiada kecurian organ berlaku telah terpukau dengan kecantikan mayat Yuan Yuan. Didorong oleh nafsu yang tidak terkawal dan memikirkan bahawa tiada sesiapa yang akan mengetahui perbuatannya terhadap "jasad yang sudah mati", Li Qiang bertindak mencabuli mangsa. Namun di tengah-tengah perbuatan keji tersebut, satu keajaiban yang menakutkan telah terjadi di mana mayat Yuan Yuan tiba-tiba bersuara di mana dia bertanya apa yang sedang berlaku. Perkara inu membuatkan Li Qiang terus lari lintang-pukang dalam keadaan tidak berpakaian kerana menyangka dia sedang berhadapan dengan roh yang bangkit.
![]() |
| Gambar sekadar hiasan. (Janaan AI) |
Penjelasan dari sudut sains perubatan, Yuan Yuan sebenarnya mengalami fenomena mati suri atau apparent death. Keadaan ini berlaku apabila fungsi tubuh seperti degupan jantung, pernafasan dan denyutan nadi menjadi terlalu lemah hingga tidak dapat dikesan oleh peralatan perubatan biasa walaupun otak masih mempunyai sisa oksigen untuk bertahan. Pakar menjelaskan bahawa tindakan fizikal yang agresif daripada Li Qiang telah memberikan rangsangan atau kejutan secara tidak sengaja kepada sistem saraf dan kardiovaskular Yuan Yuan yang menyebabkan jantungnya kembali berdegup semula dan membawa dia keluar daripada fasa koma yang sangat dalam.
Kes ini berakhir di meja pengadilan dengan penuh kontroversi. Walaupun keluarga Yuan Yuan memberikan surat pengampunan kerana menganggap Li Qiang secara tidak sengaja telah menyelamatkan nyawa anak mereka daripada dibakar hidup-hidup, sistem perundangan tetap tegas. Hakim memutuskan bahawa dari segi niat Li Qiang memang berniat untuk melakukan jenayah menghina mayat. Walaupun tindakannya membuahkan hasil positif yang tidak disengajakan, ia tidak menghapuskan kesalahan moral dan undang-undang asalnya. Li Qiang akhirnya dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun atas kesalahan menghina si mati.


Catat Ulasan for "Disangka Mayat, Rupanya Masih Bernyawa"