KEJAM! Lelaki Tergamak Bunuh Isteri, Rancang Lupus Mayat Guna Mesin Pengisar Daging

LIMA, PERU – Seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan pihak berkuasa selepas mengaku membunuh isterinya nya secara kejam sebelum bertindak mengerat tubuh mangsa di dalam sebuah apartmen di daerah La Victoria, awal Mac lalu. Suspek yang dikenali sebagai Jose Alejandro Romero Duran ditahan oleh unit perisikan Polis Kebangsaan Peru (PNP) susulan maklumat orang awam mengenai tindak-tanduk mencurigakan lelaki berkenaan yang cuba melupuskan bukti pembunuhan.
Menurut kenyataan pihak polis, kejadian berpunca daripada pertengkaran hebat antara suspek dan mangsa, Beatriz Carolina Wampiri Borda, 30 tahun. Suspek mendakwa mangsa telah menuduhnya berlaku curang yang kemudiannya membawa kepada pergelutan fizikal. Dalam pengakuannya, Jose memberitahu penyiasat bahawa dia hilang kawalanlalu mencekik Beatriz sehingga mati. Enggan menyerah diri, suspek kemudiannya membawa mayat mangsa ke dalam bilik air untuk dikerat bagi memudahkan proses pelupusan.
Apa yang lebih mengejutkan dalam kes ini ialah pihak polis menemui sebuah mesin pengisar daging yang baru dibeli oleh suspek bersama resit pembeliannya. Jose dipercayai telah merancang untuk menghancurkan sisa tubuh mangsa menggunakan mesin tersebut bagi menghapuskan segala bukti fizikal yang boleh mengaitkannya dengan jenayah tersebut. Semasa tangkapan dibuat, suspek sedang membawa sebuah kotak yang mengandungi sebahagian daripada bukti material kes berkenaan.

Siasatan lanjut mendapati dua anak perempuan pasangan tersebut yang masing-masing berusia 4 dan 7 tahun turut berada di dalam rumah berkenaan ketika kejadian ngeri itu berlaku. Kedua-dua kanak-kanak itu dilaporkan sedang menonton televisyen di bilik sebelah dan tidak menyedari ibu mereka telah dibunuh dan dikerat oleh bapa mereka sendiri.
Ketua Polis Daerah mengesahkan bahawa Jose kini berhadapan dengan pertuduhan femicide (pembunuhan wanita) dan boleh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan. Rekod lampau menunjukkan pasangan ini pernah terlibat dalam kes keganasan domestik pada tahun 2022. Kanak-kanak malang tersebut kini diletakkan di bawah pengawasan pihak kebajikan sosial untuk sokongan psikologi dan perlindungan lanjut.
Catat Ulasan for "KEJAM! Lelaki Tergamak Bunuh Isteri, Rancang Lupus Mayat Guna Mesin Pengisar Daging "