REMAJA DIROGOL BERKUMPULAN SEBELUM DITIKAM MATI

     INDIA - Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun maut selepas dipercayai dirogol berkumpulan, ditikam hingga mati sebelum mayatnya dicampakkan ke dalam kawasan tanah lapang oleh empat individu termasuk tiga remaja bawah umur di Delhi.

    NMenurut pihak polis, kejadian mengerikan itu terbongkar pada 13 September lalu selepas mayat mangsa yang sudah mereput ditemui di kawasan Kushak Road, daerah Swaroop Nagar. Keadaan mayat yang mereput teruk itu menyebabkan jantinanya tidak dapat dikenal pasti pada peringkat awal manakala sebahagian anggotanya turut dimakan anjing liar dengan sebelah tangan mangsa ditemui tercabut daripada badan.

     Siasatan mendapati mangsa mengenali semua suspek dan menaiki sebuah kenderaan jenis tempo bersama mereka. Sebelum kejadian, mereka dipercayai sempat meminum minuman keras di dalam kenderaan tersebut sebelum mangsa dirogol, ditikam hingga mati dan mayatnya dibuang di kawasan terbabit. Keluarga mangsa sebelum ini tidak pernah membuat laporan kehilangan kerana mangsa dikatakan kerap keluar rumah dan hanya pulang selepas beberapa hari.

     Bertindak atas maklumat, pihak polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen BNS dan Akta POCSO. Tanpa saksi mata serta identiti pelaku yang tidak diketahui pada mulanya, pasukan polis berjaya menjejaki suspek selepas meneliti rakaman lebih 50 kamera litar tertutup (CCTV). Sebuah tempo yang kelihatan mencurigakan di lokasi kejadian berjaya dikesan setelah polis menjejaki pergerakannya merentasi pelbagai laluan.

     Hasil operasi sepanjang malam pada 15 hingga 16 September, polis berjaya menahan pemandu kenderaan terbabit bersama tiga remaja berusia 16 dan 17 tahun. Suspek dewasa dikenal pasti sebagai Shivam manakala dua bilah pisau yang disyaki digunakan dalam kejadian, pakaian suspek serta kenderaan berkenaan turut dirampas. Siasatan lanjut kini sedang giat dijalankan bagi mengenal pasti peranan setiap suspek serta mengukuhkan bukti forensik dan t Nieknikal.


Catat Ulasan for "REMAJA DIROGOL BERKUMPULAN SEBELUM DITIKAM MATI"