Kisah Pembunuhan Kejam Melvi Yunadatia

     Pada 14 September 2026 bertempat di negara Indonesia, seorang gadis berusia 24 tahun bernama Melvi Yunadatia telah menjadi menjadi mangsa pembunuhan kejam. Dia yang turut dikenali sebagai Pipi merupakan pekerja di bahagian penyediaan dan pembahagian makanan dapur SPPG (Satuan Pelayanan Pemenuhan Gizi) Padang Serai, Kecamatan Kampung Melayu, Kota Bengkulu. 

     Menurut keterangan datuk Melvi iaitu Pak Mustan, cucunya itu dikenali sebagai seorang periang dan tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan orang lain. Dia juga amat rapat dan terbuka dengan keluarganya di mana setiap masalah kecil pasti akan dikongsikan bersama. Bekerja di bahagian pembahagian makanan SPPG menuntut pengorbanan masa yang besar kerana para pekerja harus keluar rumah pada waktu awal pagi yakni ketika suasana masih gelap gelita demi menyiapkan tugasan harian. Setiap hari, Melvi menempuh perjalanan sejauh kira-kira 10 kilometer dari rumahnya di Desa Riak Siabun, Kecamatan Sukaraja, Kabupaten Seluma menuju ke lokasi kerjanya di Padang Serai dengan menaiki sebuah motosikal Honda Scoopy berwarna hijau.

     Namun pada hari Isnin, 14 September 2026 telah menjadi detik hitam yang mengubah segalanya. Seperti biasa, pada pukul 4:30 pagi, Melvi keluar menaiki motosikal kesayangannya setelah meminta izin daripada keluarganya. Malangnya, kepulangannya hari itu tidak pernah terjadi lagi. Rakan sekerja di bahagian dapur mula gelisah apabila Melvi tidak masuk bekerja hingga jam 5:00 pagi. Usaha untuk menghubungi telefonnya gagal kerana tiada sebarang maklum balas diterima. Pihak pengurusan dapur SPPG bersama keluarga Melvi yang panik akhirnya melaporkan kehilangan tersebut kepada pihak berkuasa di Polsek Kampung Melayu. Sementara itu, penduduk kampung bersama rakan sekerja beramai-ramai keluar menyisir laluan yang biasa digunakan oleh Melvi. 

      Apa yang mengejutkan, salah seorang individu yang turut menyertai kumpulan pencari pada pagi itu ialah seorang lelaki bernama Rudi Permana Putra, berusia 25 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di tempat kerja yang sama. Lebih mencurigakan, Rudi merupakan kenalan lama mangsa sejak zaman sekolah menengah lagi. Semasa pencarian dijalankan, Rudi bertindak menunjukkan arah yang kononnya berbahaya selain cuba mengalihkan perhatian orang ramai daripada menumpukan pencarian di satu lokasi tertentu. Dia bahkan sempat mendakwa pernah menjadi mangsa samun di kawasan sekitar bagi menimbulkan gambaran bahawa laluan tersebut tidak selamat.


      Teka-teki mengenai kehilangan Melvi akhirnya terjawab menjelang tengah hari apabila penduduk tempatan menemui motosikal Honda Scoopy milik Melvie disembunyikan di dalam semak-semak berhampiran sungai di Jalan Kampung Bahari Ujung, Sumberjaya. Motosikal tersebut ditutup dengan guni serta sampah-sarap bagi menyembunyikan jejak. Pasukan polis yang bertindak pantas segera melakukan pemeriksaan menyeluruh di sekitar aliran sungai berdekatan. Hasil penyelaman yang dilakukan menemui mayat Melvi di dalam sungai pada jarak kira-kira 100 meter dari lokasi motosikalnya disorokkan. Mayat Melvi itu dijumpai berpakaian lengkap. Namun di bahagian baju atasa badannya didapati dihempap dengan seketul batu besar yang sengaja diletakkan oleh pelaku untuk menenggelamkan mayatnya ke dasar sungai.

      Siasatan lanjut serta proses lakonan semula kejadian yang dijalankan oleh pihak polis dengan pantas berjaya merungkai kebenaran di sebalik topeng penipuan suspek. Pada mulanya, ketika ditahan di dalam kenderaan polis, Rudi berbohong dan memberikan alasan tidak masuk akal bahawa dia membunuh mangsa kerana dendam akibat sering diejek hitam oleh Melvi sejak zaman sekolah di depan khalayak ramai. Walau bagaimanapun, helah tersebut langsung tidak memperdayakan pihak berkuasa.

     Berdasarkan siasatan terperinci dan lakonan semula kejadian, terungkap bahawa pembunuhan ini telah dirancang oleh Rudi. Pada pagi kejadian, Rudi sengaja keluar dengan alasan hendak membeli makanan sebelum menunggu Melvi di tepi jalan sunyi yang menjadi laluan rutin gadis tersebut. Melihat Rudi berpura-pura menghadapi masalah kenderaan, Melvi telah berhenti tanpa sebarang rasa curiga untuk memberikan bantuan. Selepas melancarkan tipu helah membawa Melvi bergerak ke beberapa tempat bagi memastikan keadaan sekeliling benar-benar sunyi, Rudi secara tiba-tiba meluahkan niat jahatnya untuk melakukan perbuatan tidak senonoh. Apabila Melvi bertindak melawan dan menjerit ketakutan, Rudi bertindak kejam dengan menekup mulut serta leher mangsa dengan kuat hingga Melvi tidak sedarkan diri dan meninggal dunia. Rudi kemudian merogol mayat Melvi sebelum mayat wanita itu ditenggelakamkan ke dalam sungai.

      Akibat perbuatan keji tersebut, Rudi Permana Putra kini berdepan dengan hukuman berat di bawah peruntukan undang-undang yang mengenakan pertuduhan berlapis termasuk pembunuhan terancang serta jenayah kekerasan seksual dengan ancaman hukuman penjara seumur hidup atau maksimum 20 tahun.

Catat Ulasan for "Kisah Pembunuhan Kejam Melvi Yunadatia"