Kisah Pelik Yuri Tolochko dan Isteri Patungnya

Kisah Yuri Tolochko merupakan salah satu fenomena media sosial yang paling pelik dan kontroversial dalam dekad ini. Dia merupakan seorang ahli bina badan dan pelakon dari Kazakhstan yang mula mendapat perhatian bukkan disebabkan pencapaian sukannya tetapi kerana pengisytiharan cintanya terhadap objek tidak bernyawa. Fenomena ini dalam bidang psikologi dikenali sebagai objectophilia di mana seseorang merasakan tarikan romantik atau seksual yang mendalam terhadap objek fizikal.
Hubungan yang paling ikonik dalam hidup Yuri bermula dengan sebuah patung seks silikon yang dinamakan Margo. Yuri melayan Margo sebagai pasangan hidup yang mempunyai personaliti. Dia kerap memuat naik gambar mereka berjanji temu di restoran, melancong bersama dan juga mendakwa bahawa Margo mempunyai perasaan serta ketakutan. Malah pada satu ketika, Yuri menyatakan dia menghantar Margo untuk menjalani pembedahan plastik kerana patung itu mula merasa tidak yakin dengan penampilannya setelah wajahnya tular di media sosial.

Kemuncak kepada naratif ini berlaku pada November 2020 apabila Yuri mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran untuk mengahwini Margo. Majlis tersebut lengkap dengan jemputan tetamu, kek perkahwinanndan Yuri sendiri memakai tuxedo manakala Margo mengenakan gaun pengantin putih yang mewah. Video perkahwinan mereka menjadi tular hingga mencetuskan pelbagai reaksi termasuk kecaman dan kritikan penggina media sosial.
Walau bagaimanapun, kebahagiaan "rumah tangga" mereka tidak kekal lama. Tidak sampai sebulan selepas perkahwinan, Margo dilaporkan mengalami kerosakan mekanikal yang serius dan terpaksa dihantar untuk pembaikan dalam tempoh yang lama. Sepanjang tempoh perpisahan fizikal tersebut, Yuri mula meneroka tarikan terhadap objek-objek lain. Dia akhirnya mengumumkan bahawa hubungan mereka telah berakhir selain mengakui telah jatuh cinta dengan sebuah bekas abu rokok (ashtray) yang mempunyai reka bentuk unik menyerupai anggota badan manusia sebelum beralih kepada patung-patung lain yang mempunyai rupa fizikal lebih ekstrem.

Dari sudut pandang yang lebih kritikal, ramai penganalisis media berpendapat bahawa keseluruhan kisah Yuri Tolochko ini hanyalah sebuah eksperimen sosial atau strategi pemasaran yang sangat bijak untuk membina jenama peribadinya. Maka dengan mencipta naratif yang tidak masuk akal, Yuri berjaya menarik ramai pengikut dan liputan media tanpa henti.
Catat Ulasan for "Kisah Pelik Yuri Tolochko dan Isteri Patungnya"