Kisah Wang Gang: Maut Kerana Terlalu Taksub dengan Permainan Video

Walau bagaimanapun, segalanya mula berubah apabila Wang Gang diperkenalkan dengan dunia permainan arked dan kafe siber yang sedang berkembang pesat pada waktu itu. Dia mula terpukau dengan permainan strategi seperti The War of the Three Kingdoms dan kemudiannya permainan dalam talian Dungeon Fighter Online (DNF). Kehebatannya dalam menyusun strategi dan kepantasan jarinya membuatkan dia mendapat gelaran Tuhan Permainan dalam kalangan komuniti pemain di Wuhan. Malangnya, pengiktirafan di dunia maya ini datang dengan harga yang sangat mahal. Dis mula mengabaikan kuliah, gagal dalam peperiksaan dan akhirnya diberhentikan dari universiti.

Kecewa dan malu untuk berhadapan dengan harapan tinggi ibu bapanya, Wang Gang memilih untuk memutuskan hubungan sepenuhnya dengan keluarga pada tahun 2001. Selama sepuluh tahun berikutnya, dia seolah-olah ghaib daripada radar dunia nyata. Wang Gang menghabiskan masanya berpindah-randah dari satu kafe siber ke kafe siber yang lain di sekitar bandar Wuhan. Kehidupannya sangat menyedihkan. Dia tidur di atas kerusi plastik yang keras, makan hanya sekadar untuk alas perut yakni biasanya mi segera atau sisa makanan dan jarang mandi. Sumber pendapatannya hanya bergantung kepada aktiviti gold farming atau menjual barangan virtual dan menaikkan tahap (leveling) akaun pemain lain dengan bayaran yang sangat rendah.

Sepuluh tahun hidup dalam persekitaran kafe siber yang sesak, kurang pengudaraan dan penuh dengan asap rokok akhirnya memusnahkan kesihatan fizikalnya. Wang Gang menghidap penyakit tuberkulosis (tibi) yang kronik. Dia bagaimanapun terus mengabaikan simptom tersebut demi mengejar kedudukan dalam permainan. Pada Mei 2011, pihak berkuasa menemui seorang lelaki yang sangat kurus kering dan lemah di sebuah balai penyelamat. Lelaki itu adalah Wang Gang yang pada ketika itu hanya seberat kira-kira 40 kilogram dan sukar untuk bernafas. Apabila bapanya dipanggil untuk menjemputnya, dia hampir tidak mengenali anaknya sendiri yang dahulunya sihat kini kelihatan seperti rangka yang hanya dibaluti kulit.

Kisah ini mencapai kemuncak yang memilukan apabila Wang Gang dibawa pulang ke rumah. Walaupun dalam keadaan nazak dan terlantar di atas katil hospital, mindanya masih terperangkap dalam dunia digital. Dia dilaporkan merayu kepada bapanya agar tidak memadamkan akaun permainannya dengan mendakwa bahawa akaun tersebut adalah harta paling berharga yang boleh menghasilkan wang. Wang Gabg tidak sedar bahawa dalam mengejar kekayaan maya, dia telah menggadaikan nyawanya sendiri. Wang Gang menghembuskan nafas terakhir pada 15 Mei 2011 iaitu hanya beberapa hari selepas bersatu semula dengan keluarganya.
Catat Ulasan for "Kisah Wang Gang: Maut Kerana Terlalu Taksub dengan Permainan Video"