Kisah Pembunuhan Kejam Model Cantik, Pamela Genini


Segala-galanya berakar umbi daripada kegagalan Gianluca Soncin, seorang ahli perniagaan berusia 52 tahun untuk menerima keputusan Pamela memutuskan hubungan mereka selepas setahun bersama. Soncin yang mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan penipuan di Jerman dan Itali mula menunjukkan tingkah laku menghendap (stalking) yang sangat agresif. Dia memantau setiap pergerakan Pamela sebelum gagal mengawal rasa cemburunya yang akhirnya membawa kepada niat untuk membunuh mangsa sebagai bentuk kawalan terakhir (possesiveness).
Pada malam kejadian di bulan Oktober 2025, Soncin telah melakukan serangan hendap yang sangat terancang. Dia menggunakan kunci pendua untuk menceroboh masuk ke apartmen Pamela di Milan dan menunggu mangsa pulang. Apabila Pamela tiba, berlaku pergelutan yang singkat sebelum Soncin menyerangnya secara membabi buta dengan sebilah pisau dapur. Laporan forensik mendedahkan kekejaman luar biasa di mana Pamela ditikam sebanyak 24 hingga 30 kali dengan luka paling dalam tertumpu pada bahagian leher dan dada yang menyebabkan kematian serta-merta. Selepas kejadian, Soncin cuba membunuh diri namun gagal kerana sempat ditangkap oleh pihak berkuasa.

Pamela telah dikebumikan di tanah perkuburan Strozza, Bergamo. Namun pada 23 Mac 2026 yakni semasa pihak keluarga ingin memindahkan kerandanya ke gereja kecil keluarga, satu penemuan mengejutkan berlaku. Skru pada keranda zink mangsa telah dilonggarkan dengan rapi menggunakan peralatan khas. Apabila keranda dibuka, didapati kepala mayat Pamela telah dikerat dan dicuri. Pihak polis percaya ini adalah kerja kumpulan terancang yang terdiri daripada 3 hingga 4 orang memandangkan berat keranda zink dan ketelitian yang diperlukan untuk melakukan perbuatan tersebut tanpa dikesan oleh sistem keselamatan tanah perkuburan.
Tentang Gianluca Soncin, dia kini berada di bawah tahanan rapi dan berhadapan dengan tuduhan pembunuhan berencana serta gangguan (stalking). Di bawah undang-undang Itali, kesalahan femicide sebegini membawa hukuman penjara seumur hidup. Sementara itu, bagi kes pencerobohan kubur, siasatan dijalankan secara berasingan. Pelaku pencurian anggota badan boleh dihukum penjara sehingga 7 tahun di bawah Perkara 411 Kanun Keseksaan Itali. Walaupun Soncin berada di penjara semasa kejadian kecurian berlaku, polis menyiasat kemungkinan dia mempunyai kaitan dengan dalang di luar atau jika mangsa menjadi sasaran kumpulan lain yang taksub dengannya.

Hingga pada hari ini, kepala Pamela Genini masih belum ditemui sekali gus menyebabkan keluarganya hidup dalam penderitaan mental yang berterusan. Mereka bukan sahaja kehilangan anak akibat keganasan bekas kekasih malah kini terpaksa bergelut dengan misteri kehilangan anggota badan mangsa.
Catat Ulasan for "Kisah Pembunuhan Kejam Model Cantik, Pamela Genini"