Gara-Gara Temu Duga Kerja di Pejabat Lengang, Wanita Ini Didera Sebelum Maut

     Pada bulan Oktober 2022 bertenpat di di Shifang, Kota Deyang, wilayah Sichuan, Tiongkok, seorang wanita muda berusia 28 tahun, He Lin yang sedang berusaha mencari peluang pekerjaan telah menjadi mangsa kekejaman dahsyat seorang individu.

    He Lin yang merupakan graduan bidang tarian dan pernah bekerja dalam bidang pentadbiran sedang giat mencari pekerjaan baharu setelah kehilangan pekerjaan pada penghujung tahun 2022. Semasa dalam proses pencarian ini, dia berkenalan dengan seorang lelaki bernama Liu Tao. Liu Tao yang sebelum itu merupakan seorang pekerja pemasangan di sebuah syarikat hiasan dalaman namun telah pun diberhentikan mendekati He Lin dengan menawarkan bantuan untuk mengaturkan sesi temu duga kerja.

     Pada 6 Oktober 2022, Liu Tao memujuk He Lin untuk hadir ke pejabat syarikat hiasan dalaman tersebut atas alasan untuk menjalani sesi temu duga bagi jawatan kerani. Memandangkan syarikat tersebut sedang bercuti sempena sambutan Hari Kebangsaan, pejabat berkenaan lengang tanpa kehadiran kakitangan lain. Liu Tao telah membawa He Lin ke pejabat pengurus di tingkat tiga, sebuah ruang yang tidak dipantau oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang menjadi lokasi berlakunya kejadian ngeri tersebut.


     Selama lima jam berada di dalam pejabat berkenaan, He Lin telah menjadi mangsa tekanan, penganiayaan dan serangan seksual oleh Liu Tao. Apabila Liu Tao perlu meninggalkan pejabat untuk mencari makanan, dia mengambil tindakan kejam dengan mengunci pintu pejabat dari luar menggunakan sebatang kayu bagi memastikan mangsa tidak dapat melarikan diri. 

     Maka keadaan terperangkap dan berdepan ancaman keselamatan yang nyata, He Lin yang berada dalam ketakutan mengambil keputusan nekad untuk menyelamatkan diri melalui tingkap pejabat. Dia cuba memanjat keluar dan memijak pada jaring atau struktur luaran bangunan. Walau bagaimanapun, struktur tersebut tidak cukup kukuh untuk menampung berat badan manusia. Akibatnya, struktur itu runtuh yang menyebabkan He Lin terjatuh dari tingkat tiga bangunan tersebut. Impak daripada kejatuhan itu mengakibatkan kecederaan yang amat parah. 

     Apabila Liu Tao kembali dan mendapati mangsa telah terjatuh, dia bukannya memberikan bantuan kecemasan atau menghubungi pihak ambulans. Liu Tao yang mementingkan diri sendiri sebaliknya bimbang bahawa kejadian tersebut akan membongkar jenayahnya. Dia bertindak mengheret He Lin ke dalam kenderaan jenis pacuan empat roda miliknya lalu membawanya ke kawasan pergunungan terpencil di Shifang untuk ditanam. Laporan bedah siasat mendedahkan bahawa He Lin akhirnya meninggal dunia akibat kegagalan organ dalaman dan pendarahan teruk yang membawa kepada renjatan setelah dia dibiarkan tanpa sebarang bantuan perubatan atau rawatan kecemasan oleh pelaku.





     Bagi menutup jejak jenayahnya, Liu Tao telah menggunakan telefon pintar milik He Lin untuk menghantar mesej kepada ibu bapa mangsandengan menyamar sebagai He Lin bagi meminjam wang berjumlah 5000 yuan. Tindakan ini dilakukan bagi mengaburi mata pihak keluarga supaya mereka tidak mengesyaki bahawa mangsa telah pun meninggal dunia.

    BKes ini mula terbongkar apabila seorang penduduk lelaki tempatan berasa curiga dengan bunyi enjin kenderaan dan aktiviti penggalian yang dilakukan di kawasan pergunungan berdekatan rumahnya pada tengah malam. Berikutan laporan yang dibuat oleh lelaki itu, pihak polis menjalankan pemeriksaan dan berjaya menemui mayat He Lin yang telah ditanam.

     Hasil siasatan pihak polis yang menyeluruh termasuk pemeriksaan rakaman CCTV dan maklumat teknikal telah membawa kepada penangkapan Liu Tao di Chengdu. Semasa dalam tahanan, pelaku cuba memberikan pelbagai alasan namun bukti-bukti yang dikumpul termasuk kesilapan teknikal dalam percubaannya menipu pihak berkuasa akhirnya membongkar perbuatannya.

    Pada 26 Disember 2023, mahkamah telah menjatuhkan hukuman terhadap Liu Tao. Mahkamah mendapati bahawa perbuatan Liu Tao yang mengurung mangsa di pejabat secara tidak langsung memaksa mangsa untuk mencari jalan keluar yang membawa kepada kematiannya. Dia yang disabitkan dengan kesalahan membunuh dan penipuan dijatuhi hukuman mati dengan penangguhan hukuman selama dua tahun.

Catat Ulasan for "Gara-Gara Temu Duga Kerja di Pejabat Lengang, Wanita Ini Didera Sebelum Maut"