Kisah Penderaan Kejam Preston Davey


 Pada tahun 2023 bertempat di United Kingdom, seoranh bayi lelaki berusia 13 bukkkklan bernama Preston Davey yang digambarkan sebagai seorang kanak-kanak ceria dan sihat telah menjadi mangsa kepada dua individu yang sepatutnya menjadi pelindung, namun sebaliknya bertindak sebagai pemangsa. Kes ini mendedahkan sisi gelap yang tersembunyi di sebalik aksi keluarga bahagia yang cuba dipaparkan oleh pasangan Jamie Vley dan John McGowan.

     Perjalanan hidup Preston bermula dalam keadaan penuh cabaran apabila dia dipisahkan daripada keluarga kandungnya. Walau bagaimanapun, dia sempat menemui sinar kebahagiaan ketika berada di bawah jagaan ibu bapa angkat sementaranya yang dikenali sebagai Sandra dan Paul Cooper yang berpengalaman luas dalam menjaga kanak-kanak. Selama hampir sepuluh bulan, Preston berkembang dengan sihat di bawah kasih sayang mereka. Namun sistem perundangan yang mengutamakan kelangsungan penempatan tetap telah membawa Preston ke rumah Jamie Vley dan John McGowan pada Mac 2023. Perubahan drastik dalam persekitarannya inilah yang menjadi titik tolak kepada permulaan episod penyeksaan kejam bagi bayi malang tersebut.


      Sepanjang empat bulan di bawah jagaan pasangan ini, Preston hidup dalam keadaan neraka yang penuh dengan penderaan fizikal, seksual dan psikologi secara sistematik. Dari segi fizikal, Preston menanggung sekurang-kurangnya 40 kecederaan berbeza termasuk patah tulang siku yang disahkan oleh pakar perubatan sebagai bukan akibat kemalangan, kesan lebam linear pada paha akibat tamparan kuat serta kesan cengkaman jari pada seluruh tubuhnya. Lebih keji lagi, Preston menjadi mangsa serangan seksual serta serangan oleh penembusan (assault by penetration). Mahkamah diberitahu bahawa bayi tersebut pernah ditemui dalam keadaan tersungkur tidak bermaya akibat serangan yang dilakukan oleh kedua-dua suspek yang turut memiliki bahan pornografi kanak-kanak ekstrem serta merakam imej penderaan mangsa untuk kepuasan peribadi.

     Selain kecederaan fizikal dan seksual, Preston diseksa dari segi emosi melalui frozen watchfulness (kewaspadaan beku) iaitu mekanisme pertahanan diri di mana bayi menjadi pasif dan tidak beremosi akibat trauma ekstrem. Suspek juga sengaja menafikan tidur kepada Preston dengan memasang muzik kuat, menjerit di hadapan mukanya serta sengaja meletakkannya dalam situasi berbahaya semata-mata untuk melihat reaksi ketakutannya. Kemuncak penderitaan berlaku pada 27 Julai 2023 apabila pasangan tersebut membawa Preston ke hospital dengan mendakwa dia lemas di dalam tab mandi. Hasil bedah siasat menafikan dakwaan palsu itu kerana tiada air ditemukan dalam paru-paru mangsa. Punca kematian sebenarnya dikenal pasti sebagai sekatan saluran pernafasan secara akut sama ada melalui perbuatan menekap muka atau menyumbat objek ke dalam mulut secara paksa.

     Kejadian ini menyoroti kelemahan sistem perlindungan kanak-kanak yang kritikal. Sepanjang tempoh jagaan, terdapat sekurang-kurangnya lapan peluang yang terlepas untuk pihak berkuasa campur tangan. Preston sebenarnya telah beberapa kali dibawa ke hospital kerana kecederaan mencurigakan termasuk tulang siku yang patah namun tiada tindakan tegas diambil. Malah ibu bapa angkat sementara Preston telah dihalang daripada melawat bayi tersebut tanpa sebarang tindakan proaktif daripada pihak berkaitan.


     Pada Jun 2026, keadilan akhirnya ditegakkan di Mahkamah Crown Preston selepas perbicaraan yang panjang. Jamie Vley (37 tahun) didapati bersalah atas tuduhan membunuh, serangan seksual, penderaan dan kekejaman kanak-kanak, lalu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa sebarang kemungkinan parol. Pasangannya, John McGowan (32 tahun) pula didapati bersalah kerana bersubahat membiarkan kematian kanak-kanak serta kesalahan seksual dan dijatuhi hukuman penjara selama 25 tahun.

Catat Ulasan for "Kisah Penderaan Kejam Preston Davey"