Kes Pembunuhan Demi Kehormatan Kohistan 2012

Pada bulan Mei 2010 bertempat di sebuah perkampungan terpencil di wilayah Kohistan, Pakistan, sekumpulan individu merakam detik gembira dalam sebuah majlis perkahwinan. Video tersebut memaparkan empat orang wanita sedang bertepuk tangan dan menyanyi lagu tradisional sambil ditemani oleh dua orang lelaki yang sedang menari (video si hujung artikel). Rakaman itu yang diambil melalui telefon bimbit berkualiti rendah tidak mempunyai sebarang niat buruk. Namun tanpa disedari, rakaman yang pada asalnya bersifat peribadi itu bakal menjadi titik permulaan kepada satu siri pembunuhan beramai-ramai yang melibatkan sembilan nyawa termasuk seorang pemberi maklumat yang berani.
Dua tahun kemudian iaitu pada tahun 2012, video tersebut tular secara tempatan di kawasan Kohistan. Bagi masyarakat yang terikat dengan adat puak yang ultra-konservatif, tindakan wanita berhibur di hadapan lelaki yang bukan mahram dianggap sebagai satu pencabulan besar terhadap tradisi dan maruah keluarga. Apabila video ini tersebar, ia dianggap sebagai bukti jenayah. Majlis ketua puak yang dikenali sebagai Jirga segera bersidang dan mengeluarkan hukuman mati terhadap kesemua wanita yang terlibat atas alasan mereka telah memalukan maruah keluarga.


Pihak kerajaan Pakistan yang ditekan oleh masyarakat antarabangsa telah melancarkan beberapa siri siasatan. Walau bagaimanapun, Jirga dan keluarga mangsa bertindak balas dengan taktik penipuan yang licik. Mereka membawa sekumpulan wanita lain ke mahkamah dan mendakwa mereka sebagai wanita yang berada dalam video tersebut untuk membuktikan bahawa tiada pembunuhan berlaku. Penipuan ini bagaimanapun terbongkar apabila pakar forensik dan aktivis hak asasi mendapati wanita yang dibawa adalah individu berbeza yang dipaksa menjadi pelakon. Malah hujung jari salah seorang daripada mereka didapati telah dibakar bagi menyukarkan proses pengecaman cap jari.
Akibat daripada tindakan Afzal yang tidak berputus asa menuntut keadilan, dia terpaksa hidup dalam pelarian bersama baki keluarganya yang masih hidup. Malangnya, dendam puak tersebut tidak berakhir di situ. Tiga orang saudara lelaki Afzal telah ditembak mati secara kejam pada tahun 2013 sebagai tindakan balas dendam. Kemuncak kejadian berlaku pada 6 Mac 2019 apabila Afzal sendiri ditembak mati di Abbottabad ketika dalam perjalanan untuk memberi keterangan di mahkamah.
![]() |
| Afzal |
Susulan kematian Afzal, mahkamah anti-keganasan di Abbottabad menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap lima individu yang terlibat dalam pembunuhan para wanita terbabit serta pembunuhan Afzal sendiri pada September 2019. Sabitan tersebut pada awalnya dianggap sebagai kejayaan besar kerana secara rasmi mengesahkan berlakunya pembunuhan berkenaan sekali gus menyangkal dakwaan palsu pihak Jirga selama bertahun-tahun. Namun pada tahun 2023, Mahkamah Tinggi Peshawar membatalkan sabitan tersebut atas alasan kekurangan bukti forensik serta keterangan saksi yang tidak konsisten, kekurangan aksi utama yang dipercayai diugut atau menarik balik kenyataan.

Catat Ulasan for "Kes Pembunuhan Demi Kehormatan Kohistan 2012"