Hilang Sejak Tahun 2023, Influencer Cantik Ini Rupanya Dibunuh Kejam, Rakan Baik Sendiri Jadi Dalang

FILIPINA— Kes kehilangan misteri pempengaruh media sosial warga China yang mempunyai jutaan pengikut iaitu Kong Limei atau lebih dikenali sebagai Athena kembali mendapat perhatian ramai selepas laporan mengesahkan bahawa dia telah diculik dan dibunuh di Manila meskipun keluarganya telah membayar wang tebusan sebanyak kira-kira RM3.4 juta.
Kejadian misteri ini bermula selepas Athena dilaporkan hilang sejak tahun 2023 susulan perjalanannya ke ibu negara Filipina itu. Apa yang lebih mengejutkan, siasatan mendedahkan bahawa dalang di sebalik perancangan memperdaya mangsa ialah rakan karibnya sendiri yang amat dipercayai iaitu Li Yifei. Suspek dikatakan sengaja mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial sebelum mengajak mangsa bercuti ke Filipina pada lewat Mei 2023 kononnya untuk meredakan tekanan selepas putus cinta.

Walau bagaimanapu, malang tidak berbau apabila Li Yifei bertindak membatalkan penerbangannya sendiri pada saat akhir sementara Athena meneruskan perjalanan secara bersendirian ke Manila. Maklumat penerbangan mangsa disyaki telah diserahkan terlebih dahulu kepada sindiket jenayah antarabangsa hingga menyebabkan mangsa terus jatuh ke dalam perangkap sebaik sahaja tiba di destinasi.
Selepas penculikan itu berlaku, pihak penjenayah dituduh mengambil alih akaun media sosial mangsa untuk menuntut wang tebusan daripada keluarganya. Demi menyelamatkan nyawa anak kesayangan mereka, keluarga Athena terpaksa mengumpul wang tunai bernilai kira-kira 800 000 dolar Amerika Syarikat atau sekitar RM3.4 juta untuk diserahkan kepada kumpulan penjenayah terbabit. Malangnya selepas wang tebusan berjaya diperoleh, penjenayah tetap kejam membunuh mangsa dan melupuskan mayatnya kerana bimbang jenayah mereka terbongkar sekali gus memusnahkan harapan keluarga untuk melihat mangsa pulang dengan selamat.

Susulan kejadian tersebut, pihak yang tidak bertanggungjawab turut dituduh sengaja menyebarkan pelbagai maklumat palsu bagi mengelirukan siasatan termasuklah khabar angin bahawa mangsa hilang akibat hutang perjudian, dijual ke Kemboja dan dipaksa melakukan pelacuran. Spekulasi liar ini telah menyebabkan keluarga mangsa hidup dalam penderitaan dan ketidakpastian selama bertahun-tahun.
Dari segi perkembangan siasatan, suspek utama yang dikenali sebagai Liu Hanwen telah diekstradisi dari Amerika Syarikat kembali ke China pada Julai 2026 untuk berdepan dengan pengadilan. Sementara itu, seorang lagi subahat iaitu Chen Yuxuan telah ditahan di Korea Selatan pada tahun 2024. Sementara itu, rakan karib mangsa, Li Yifei masih bebas dan dikesan melarikan diri ke luar negara selepas memadamkan semua akaun media sosial miliknya.
Catat Ulasan for "Hilang Sejak Tahun 2023, Influencer Cantik Ini Rupanya Dibunuh Kejam, Rakan Baik Sendiri Jadi Dalang"