KES PEMBUNUHAN KEJAM WEN WEN DI KOREA SELATAN

Mangsa yang dikenali sebagai Wen Wen, 25 tahun merupakan seorang graduan cemerlang berasal dari bandar Changchun, wilayah Jilin, China. Dikenali sebagai seorang yang ceria, pintar dan merupakan anak bongsu dalam keluarganya, Wen Wen memilih untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam jurusan pemulihan kesihatan di Universiti Daegu, sebuah institusi pengajian tinggi yang terkenal dalam bidang perubatan di Korea Selatan.
Sepanjang tempoh pengajiannya, Wen Wen menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang, aktif dalam pelbagai kumpulan penyelidikan dan berjaya menamatkan semua keperluan kursus serta mempertahankan tesis sarjananya pada Jun 2026. Sebelum kejadian berlaku, masa depan Wen Web kelihatan amat cerah apabila dia telah menerima tawaran pekerjaan yang memuaskan daripada sebuah institusi perubatan di Changchun dengan rancangan untuk memulakan kerjaya baharunya serta mendirikan rumahtangga bersama tunangnya sekembalinya ke China.

Namun di sebalik kejayaan akademik tersebut, Wen Wen telah menjadi sasaran gangguan obsesif oleh salah seorang tenaga pengajarnya iaitu Zheng Changsheng, seorang lelaki berusia 30-an berketurunan Korea-China yang mempunyai status pemastautin tetap di Korea Selatan. Zheng bertindak sebagai pensyarah kontrak yang mengajar subjek anatomi saraf di universiti berkenaan dan pernah mengendalikan kelas yang dihadiri oleh mangsa. Walaupun pada mulanya interaksi mereka bersifat profesional atas kapasiti akademik, Zheng lama-kelamaan menjadi semakin obses terhadap Wen Wen. Dia kerap menghantar mesej berunsur peribadi, cuba mengorek maklumat mengenai kehidupan peribadi Wen We dan akhirnya meluahkan perasaan suka walaupun mengetahui bahawa gadis itu telah mempunyai tunang dan bertegas untuk pulang ke China selepas tamat pengajian.
Meskipun Wen Wen berulang kali menolak pendekatan tersebut secara berhemah dan jelas, Zheng gagal mengawal emosinya dan menyimpan dendam serta angan-angan songsang selain tergamak mengaku kepada orang luar kononnya dia adalah teman lelaki mangsa. Keadaan menjadi lebih membimbangkan apabila beberapa pelajar lain turut mendedahkan bahawa Zheng mempunyai sejarah lampau kerap mengganggu penuntut wanita, menyalahgunakan kuasa pemarkahan untuk mengugut pelajar serta bertindak balas secara dendam apabila ditolak.

Kejadian sebenar bermula pada 20 Ogos 2026, apabila Wen Wen yang telah kembali ke Korea Selatan pada pertengahan Ogos untuk mengambil skrol ijazah rasminya pergi ke kediaman Zheng di Gyeongsan yakni dipercayai bagi membina urusan akhir berkaitan dokumen pengajian atau mengambil barang peribadinya. Selepas memasuki kediaman sewa peribadi yang agak terpencil itu, Wen Wen telah diserang secara kejam. Mengikut latar belakang profesional Zheng sebagai pengajar anatomi saraf yang mahir mengenai struktur tubuh manusia, dia dipercayai menggunakan kepakarannya untuk melumpuhkan Wen Wen sebelum membunuhnya.
Selepas melancarkan pembunuhan kejam tersebut, Zheng bertindak dengan penuh dingin dan terancang bagi melarikan diri daripada hukuman. Pada lewat malam hari kejadian, Zheng telah memakai pakaian, topi dan membawa bagasi milik Wen Wen untuk keluar dari rumah bagi merakamkan pergerakan palsu melalui kamera litar tertutup (CCTV) kononnya memperlihatkan seolah-olah Wen Wen masih hidup dan keluar meninggalkan kawasan tersebut atas kemahuannya sendiri. Zheng kemudiannya mencampakkan telefon bimbit mangsa sebelum kembali menyembunyikan diri di kediamannya. Lebih mengejutkan dan mengerikan adalah hakikat bahawa Zheng tergamak tinggal bersama cebisan mayat Wen Wen di dalam rumah yang sama selama lima hari berturut-turut, meneruskan rutin harian seperti biasa, malah sempat membuat laporan palsu di balai polis serta mengeluarkan kenyataan kononnya beliau sedang mencari mangsa yang hilang bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Tipu helah dan sandiwara Zheng akhirnya terbongkar apabila pihak polis Korea Selatan meneliti rakaman CCTV di sekitar stesen transit dan mendapati kelakuan individu berpakaian wanita yang mencurigakan yang kemudiannya berjaya dipadankan dengan suspek utama sendiri iaitu Zheng Changsheg. Pada 25 Ogos 2026, pihak polis menyerbu kediaman Zheng lalu menemui sebahagian daripada jasad mangsa Wen Wen telah dikerat berserta alat yang digunakan untuk jenayah tersebut. Pemeriksaan lanjut pada peranti komunikasi Zheng turut mendedahkan sejarah carian internet yang merancang cara-cara melupuskan mayat, mengelak dikesan kamera litar tertutup dan memalsukan alibi.
Penangkapan Zheng membawa kepada duka yang mendalam bagi keluarga mangsa, tunang serta rakan-rakan yang hadir ke Korea Selatan sebaik mendapat khabar duka tersebut. Pihak Kedutaan Besar China di Korea Selatan turut campur tangan secara tegas dengan menuntut agar pihak berkuasa tempatan menjalankan siasatan secara menyeluruh, telus dan mengenakan hukuman yang paling berat terhadap pelaku tanpa sebarang kompromi. Pihak pentadbiran Universiti Daegu bertindak pantas dengan menamatkan kontrak perkhidmatan Zheng selain menyerahkan segala data kerja dan aduan pelajar kepada pihak polis.
Catat Ulasan for "KES PEMBUNUHAN KEJAM WEN WEN DI KOREA SELATAN"