KISAH KEMATIAN BAYI SI-YOUNG YANG BENAR-BENAR MENYEDIHKAN

Pada bulan Julai 2021, sebuah kes jenayah yang amat mengerikan telah terbongkar di bandar Daejeon, Korea Selatan yang melibatkan pembunuhan kejam ke atas seorang bayi perempuan yang tidak berdosa yang baru berusia 20 bulan, dikenali sebagai Si-young.
Siasatan pihak berkuasa mendedahkan bahawa kejadian ini berakar umbi daripada perkenalan antara ibu mangsa iaitu Jung Si-lin, seorang wanita yang dikenal pasti mempunyai masalah kecacatan pembelajaran serta keupayaan kognitif yang lemah dengan seorang lelaki bernama Yang Jeong-chil pada awal Disember 2020. Walaupun Yang Jeong-chil mempunyai rekod jenayah lampau yang serius termasuk sabitan kes penipuan pada tahun 2019 yang menyaksikan dia dipenjarakan selama setahun empat bulan, hubungan mereka tetap diteruskan. Selepas Yang Jeong-chil dibebaskan dari penjara pada Disember 2020, dia dengan cepat merapati mangsa dan berpindah masuk ke kediaman mereka lalu menjalani kehidupan bersama sebagai sebuah keluarga tanpa ikatan perkahwinan yang sah di sisi undang-undang.

Kemuncak kepada mimpi ngeri yang dialami oleh bayi malang tersebut berlaku pada malam 15 Jun 2021. Berdasarkan keterangan forensik dan pengakuan yang kemudiannya dirungkadkan oleh pihak polis, Yang Jeong-chil pulang ke rumah dalam keadaan mabuk berat selepas berhibur di luar. Suasana malam itu menjadi tegang apabila tangisan bayi Si-young yang berusia 20 bulan mula memecah keheningan malam akibat ketidakselesaan atau keletihan biasa bagi kanak-kanak seusia itu. Namunnbagi Yang Jeong-chil yang dikuasai oleh baran dan pengaruh alkohol, tangisan yang dianggap bising itu menyalakan kemarahannya secara mendadak.
Tanpa sebarang belas kasihan, Yang Jeong-chil melompat dari sofa dan menerpa ke arah katil bayi lalu bertindak menutup muka mangsa menggunakan selimut tebal sambil menekan tubuhnya dengan berat badannya sendiri. Apabila bayi tersebut meronta-ronta cuba bernafas, Yang Jeong-chil bukan sahaja tidak mengendahkannya malah mula melancarkan serangan fizikal bertalu-talu dengan menumbuk tubuh kecil itu. Lebih memualkan apabila mendengar bunyi erangan perlahan dari bawah selimut. Yang Jeong-chil mendakwa dirinya merasai satu kepuasan terpesong yang mendorongnya untuk meneruskan serangan tersebut dengan lebih ganas kerana menganggap mangsa sengaja berbuat demikian untuk menguji kesabarannya.
Keganasan tersebut tidak terhenti setakat itu. Selepas membuka selimut dan mendapati mangsa mengalami kecederaan parah dengan kesan darah pada mulut, Yang Jeong-chil yang didorong oleh paranoia bahawa bayi tersebut hanya pura-pura mati telah bertindak semakin kejam. Dia memulas dan mematahkan anggota tangan serta kaki bayi malang itu, melakukan penderaan seksual terhadap mangsa yang masih bayi sebelum mengakhiri serangan dengan memijak dada mangsa menggunakan kasut but keras yang dipakainya.

Ibu kandung mangsa, Jung Si-lin turut berada di lokasi kejadian dan menyaksikan sebahagian besar kekejaman tersebut. Namun akibat di bawah bayang-bayang penderaan domestik yang berpanjangan dan ketakutan melampau terhadap Yang Jeong-chil, Jung tidak berani memberikan bantuan fizikal yang berkesan selain merayu secara sujud agar lelaki terbabit berhenti memukul. Selepas mengesahkan bahawa bayi tersebut telah menghembuskan nafas terakhir, Yang Jeong-chil dengan dingin mengarahkan Jung Si- mengambil sebuah kotak ais plastik besar dari dapur. Mayat mangsa yang sudah mula kaku dan cacat akibat patah tulang disumbat secara paksa ke dalam kotak ais tersebut sebelum diletakkan di dalam bilik air kediaman mereka.
Selama kira-kira dua minggu selepas pembunuhan itu, kehidupan di kediaman tersebut berjalan seolah-olah tiada apa yang berlaku di mata jiran tetangga sementara mayat bayi malang itu terus mereput di dalam kotak ais di bilik air. Helah mereka mula terbongkar apabila nenek sebelah ibu mangsa, Puan Jung gagal menghubungi anak perempuan dan cucunya selama dua minggu selain bertindak meminta khabar daripada Yang Jeong-chil. Respons yang diberikan oleh Yang Jeong-chil bukan sahaja mencurigakan malah amat jijik dan merosakkan akal fikiran normal. Lelaki itu berulang kali menghantar mesej berbaur lucah dan gangguan seksual kepada ibu mentuanya sendiri.

Tindakan berani nenek mangsa yang hadir sendiri ke rumah berkenaan dan membuat laporan polis akhirnya merungkai kotak tersebut. Anggota polis yang memecah masuk kediaman itu terkejut selepas menemui kotak ais yang mula mengeluarkan bau busuk serta cecair darah, mengandungi jasad reput Si-young yang penuh dengan kesan lebam, tengkorak retak dan organ dalaman rosak. Susulan penangkapan Yang Jeong-chil dan Jung Si-lin pada Julai 2021, kes ini dibawa ke Mahkamah Daerah Daejeon. Walaupun Yang Jeong-chil pada mulanya mencuba pelbagai taktik tipu helah termasuk mendakwa dirinya bapa kandung mangsa (yang kemudiannya dinafikan melalui ujian DNA bahawa dia tiada sebarang pertalian darah), bukti kukuh termasuk keterangan jiran dan pengakuan akhirnya mematahkan hujah pembelaan tersebut.
Pada peringkat awal, Mahkamah Daerah menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun kepada Yang. Namun, tidak berpuas hati dengan hukuman tersebut, pihak pendakwa raya membuat rayuan. Pada Mei 2022, Mahkamah Tinggi Daejeon menaikkan hukuman kepada penjara seumur hidup bagi Yang Jeong-chil atas sifat jenayahnya yang kejam, tidak berperikemanusiaan dan tiada penyesalan. Sementara itu, ibu kandung mangsa, Jung Si-lin dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana bersubahat membiarkan penderaan berlaku serta membantu melupuskan mayat mangsa.
Catat Ulasan for "KISAH KEMATIAN BAYI SI-YOUNG YANG BENAR-BENAR MENYEDIHKAN "