Kisah Misteri Kehilangan Misaki Ogura

Pada sekitar jam 3:35 petang yakni selepas selesai menikmati hidangan ringan berupa coklat pisang, sekumpulan sembilan orang kanak-kanak termasuk kakak Misaki meminta izin untuk berjalan ke kawasan anak sungai dan denai hutan berhampiran yang terletak kira-kira 100 hingga 150 meter dari tapak khemah utama. Misaki yang sedikit lewat menghabiskan makanannya mengekori dari belakang. Tomoko Ogura sendiri sempat melihat Misaki berlari kecil menuruni laluan denai menyusul rakan-rakannya. Namun dalam tempoh yang sangat singkat iaitu pada sekitar jam 3:50 petang apabila ibu bapa mula bergerak untuk memanggil anak-anak kembali bersiap untuk makan malam, Misaki didapati sudah tiada dalam kumpulan tersebut manakala rakan-rakannya memaklumkan bahawa mereka langsung tidak melihat Misaki tiba atau bermain bersama mereka di kawasan sungai.

Selepas pencarian awal di sekitar kawasan perkhemahan dan kediaman berdekatan menemui jalan buntu, pihak polis dihubungi pada jam 5:00 petang Operasi SAR rasmi bermula pada malam itu juga tetapi terpaksa dihentikan sementara akibat kegelapan malam serta penurunan suhu secara drastik. Keesokan harinya, operasi diperluaskan secara agresif apabila Kerajaan Wilayah Yamanashi meminta bantuan Pasukan Pertahanan Diri Jepun yang menyaksikan kira-kira 1700 anggota keselamatan terdiri daripada polis wilayah, unit khas pemusnah dan penyelamat, pasukan bomba, unit anjing pengesan serta ratusan sukarelawan dikerah menyisir kawasan tersebut.
Pasukan penyelamat memeriksa tebing Sungai Doshi sejauh kira-kira lapan kilometer menggunakan penyelam skuba manakala kawasan hutan tebal, cerun bukit dengan kecuraman melampau, kenderaan pelancong yang keluar masuk serta rumah kosong di sekitar perkhemahan digeledah berkali-kali. Walaupun pencarian dijalankan dengan teliti menggunakan teknologi dron dan anjing pengesan bau, tiada satu pun petunjuk fizika sama ada kesan tapak kaki, cebisan pakaian ataupun barang peribadi Misaki berjaya dikesan di kawasan radius carian asal. Operasi SAR berskala besar itu akhirnya ditamatkan secara rasmi pada 6 Oktober 2019 setelah sebulan gagal membuahkan sebarang hasil.

Kegagalan pihak berkuasa menemui sebarang petunjuk mencetuskan pelbagai spekulasi liar di media sosial Jepun hingha menjadikan keadaan semakin sukar buat Tomoko Ogura menjadi sasaran utama kecaman siber dan fitnah daripada netizen. Segelintir pihak menyebarkan dakwaan tidak berasas bahawa keluarga terlibat dalam kes tersebut, mempersoalkan reaksi emosi wanita itu di media selain mengecam tindakanya menggunakan platform dana awam untuk membiayai usaha pencarian swasta.

Misteri yang berlarutan selama hampir tiga tahun itu akhirnya mengalami titik peralihan tragis pada 23 April 2022 iaitu sehari sebelum ulang tahun kelahiran Misaki yang kesepuluh apabila seorang pendaki lelaki yang melalui kawasan pergunungan di Kampung Doshi secara tidak sengaja menemui serpihan tulang kepala manusia di kawasan cerun kering berhampiran anak sungai yang terletak kira-kira 600 meter utara dari tapak perkhemahan asal. Penemuan ini mendorong Polis Wilayah Yamanashi menyambung semula operasi pencarian di zon tersebut. Menjelang April hingga Mei 2022, pasukan polis menemui lebih banyak cebisan rangka termasuk tulang belikat, sebahagian tulang lengan serta sehelai baju sejuk berleher tinggi dan stoking yang corak serta saiznya sepadan dengan pakaian yang dipakai Misaki pada harinya hilang. Ujian DNA dan mitokondria yang dijalankan oleh pakar forensik universiti perubatan mengesahkan secara saintifik bahawa cebisan tulang tersebut mempunyai pertalian darah langsung dengan ibu Misaki sekali gus mengesahkan bahawa kanak-kanak itu telah meninggal dunia.
Walaupun penemuan ini mengesahkan bahawa kanak-kanak itu telah lama meninggal dunia, persoalan mengenai bagaimana mayatnya boleh berada di kawasan yang sebelum ini telah disisir rapi oleh pasukan SAR tetap menjadi misteri yang sukar merungkai punca sebenar kenadian tersebut.
Catat Ulasan for "Kisah Misteri Kehilangan Misaki Ogura"