DOKUMENTARI OUR FATHER : Sisi Gelap Seorang Doktor Pakar Kesuburan
Terkini, Netflix bakal menayangkan sebuah dokumentari berjudul "Our Father" yang dijangka akan ditayangkan pada 11 Mei kelak.
Dokumentari ini mengisahkan sisi gelap seorang doktor
bernama Dr. Donald Cline, yakni doktor pakar kesuburan. Dia mula membuka klinik
kesuburan yang pertama di Indiana pada tahun 1979. Namun tanpa pengetahuan
pesakit-pesakit wanita yang menjalani rawatan kesuburan di kliniknya itu,
Dr.Donald Cline telah menderma sperma atau dalam bahasa yang lebih mudah,
menggunakan spermanya sendiri bagi tujuan penghasilan anak dari tahun 1970
hingga 1980an.
Perbuatan Dr.Donald Cline bagaimanapun terbongkar pada tahun
2014 selepas seorang wanita iaitu Jacoba Ballard yang mengetahui status
kelahirannya sebagai anak hasil pendermaan sperma telah melakukan ujian
pemeriksaan DNA bagi tujuan mencari adik-beradik sebapa yang lain. Menerusi
pemeriksaan tersebut, Jacoba berasa terkejut setelah mendapati jumlah
adik-beradiknya adalah di luar jangkaan sama sekali. Hasil siasatannya
mendapati kesemua ibu mereka pernah menjalani rawatan kesuburan di klinik
Dr.Donald Cline.
Jumlah sebenar anak Dr. Donald Cline itu dipercayai seramai 48 orang atau berkemungkinan besar lebih daripada angka tersebut. Pada tahun 2017, Dr. Donald Cline yang sudah berusia 79 tahun waktu tersebut telah membuat pengakuan bersalah atas kesalahan memalsukan dokumen dan melakukan pembohongan terhadap pihak berkuasa. Hukuman yang diterima Dr. Donald Cline, setahun penjara.
Hingga setakat artikel ini ditulis, video trailer "Our Father" di halaman rasmi Facebook Netflix telah mencecah 6 juta tontonan, 96 000 tanda suka, 56 000 komen dan 146 000 jumlah perkongsian. Saksikan sendiri video trailer berkenaan pada pautan berikut : https://www.facebook.com/netflixus/videos/485012500074045/
Catat Ulasan for "DOKUMENTARI OUR FATHER : Sisi Gelap Seorang Doktor Pakar Kesuburan"