Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

REMAJA 16 TAHUN BUNUH LIMA SEKELUARGA

    INDONESIA – Tular berita lima sekeluarga mati yang telah menjadi mangsa pembunuhan kejam di Desa Babulu Laut, Kalimantan Timur. Lebih mengejutkan adalah tentang pembunuh tersebut yang berusia 16 tahun. Identitinya itu dikenal pasti sebagai Junaedi yang dilaporkan masih lagi bersekolah. Mangsa yang maut adalah pasangan suami isteri iaitu Waluyo (35 tahun) dan Sri serta (34 tahun) tiga orang lagi anak mereka. Identiti ketiga-tiga mangsa yang masih di bawah umur tersebut hanya dinamakan sebagai RJS (15 tahun), V (11 tahun) dan S (3 tahun).

    Menerusi satu kenyataan rasmi daripada pihak polis, pembunuhan tersebut dipercayai bermotifkan dendam. Difahamkan Junaedi pernah menjalinkan hubungan dengan RJS. Walau bagaimanapun, perhubungan itu tidak direstui oleh keluarga mangsa. Perkara inilah yang telah menyakitkan hati Junaedi hingga menyebabkan dia sanggup membunuh RJS serta semua anggota keluarganya.

    Semasa hari kejadian yakni pada tengah malam 6 Februari 2024, Junaedi dikatakan telah meminum alkohol lalu pergi ke rumah mangsa dalam keadaannya mabuk. Dia memutuskan elektrik terlebih dahulu sebelum memasuki rumah mangsa. Junaedi seterusnya membunuh mangsa seorang demi seorang dengan menggunakan parang. Selepas pembunuhan tersebut, dia telah menyetubuhi mayat Sri dan RJS untuk memuaskan nafsunya. Sesudah berbuat sedemikian, Junaedi pun beredar dari lokasi kejadian.

    Pihak polis bagaimanapun sudah berjaya menangkap Junaedi. Malah video pengakuannya semasa disoal siasat oleh pihak polis telah menjadi tular di laman media sosial. Jika Junaedi disabitkan kesalahan, dia berdepan dengan hukuman sama ada dihukum mati atau penjara seumur hidup. 

Catat Ulasan for "REMAJA 16 TAHUN BUNUH LIMA SEKELUARGA "