"Budak Ini Beri Makan Tengaharinya Kepada Ibunya – Apa yang Terjadi Selepas Itu Buat Ramai Tersentuh!

Pada tahun 2024, kisah Li Shibo, iaitu seorang budak lelaki berusia 12 tahun dari wilayah Henan, China, telah menyentuh hati ramai orang di seluruh dunia dengan pengorbanannya yang luar biasa demi keluarganya meskipun dirinya sendiri hidup dalam serba kekurangan.
Kisah sebenar bermula apabila seorang guru di sekolah Li menyedari bahawa pelajarnya itu sering tidak hadir ke kelas pada waktu tengah hari. Rasa ingin tahu guru tersebut telah membawanya ke pintu pagar sekolah. Di situ dia menemui Li sedang berdiri di luar sambil memerhatikan ibunya yang mengalami masalah mental sedang makan. Namun apa yang lebih mengejutkan adalah hakikat tentang makanan yang dimakan oleh ibu Li itu sebenarnya adalah makanan milik Li yakni makanan tengah hari percuma yang disediakan oleh pihak sekolah. Li terpaksa berbuat sedemikian disebabkan kemiskinan keluarganya. Dia sendiri hanya mengalas perut dengan sisa makanan yang diberikan oleh rakan sekelas atau sekadar minum air kosong bagi mengurangkan rasa lapar.

Li Shibo tinggal bersama ibunya yang mengalami masalah mental, kakaknya yang juga mempunyai kecacatan intelektual serta neneknya yang terlantar sakit dan tidak mampu untuk menjaga dirinya sendiri. Kehidupan mereka menjadi semakin sukar selepas kematian bapa Li dalam satu kemalangan beberapa tahun lalu. Sejak itu, keluarga mereka hanya bergantung kepada bantuan kerajaan serta sedikit sokongan daripada saudara-mara. Seperkara harus kawasan diketahui iaitu luar bandar China, akses kepada bantuan sosial dan kesihatan mental masih sangat terhad. Ramai yang hidup dalam keadaan serba kekurangan tanpa bimbingan atau sokongan yang mencukupi.
Kisah Li Shibo ini mula mendapat perhatian ramai selepas gurunya berkongsi tentang kejadian tersebut di platform media sosial China, Douyin. Pada masa yang singkat, kisahnya telah menjadi tular dan menyentuh hati ramai orang. Ramai yang berasa simpati terhadap nasib budak lelaki ini dan mula menghulurkan bantuan dalam bentuk sumbangan kewangan serta makanan.
Beberapa organisasi amal serta individu persendirian turut mengambil inisiatif untuk membantu keluarga Li dengan menyumbangkan pakaian, bekalan makanan, serta menawarkan bantuan kewangan untuk memastikan mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik. Pihak sekolah juga mengambil langkah tambahan untuk memastikan bahawa Li tidak akan lagi kelaparan semasa berada di sekolah.
Catat Ulasan for ""Budak Ini Beri Makan Tengaharinya Kepada Ibunya – Apa yang Terjadi Selepas Itu Buat Ramai Tersentuh!"