DUA BERADIK DITEMUI MAUT DENGAN KEPALA HANCUR

INDONESIA - Dua kanak-kanak adik-beradik, masing-masing berusia 8 dan 4.5 tahun ditemui dalam keadaan tidak bernyawa dengan kecederaan parah di bahagian kepala dan badan di sebuah kawasan kebun berhampiran tebing curam di Dusun Teba Langgar, Pekon Batu Raja, Kecamatan Pesisir Utara pada malam Rabu (14 Mei 2025).
Mangsa dikenali dengan inisial AT (8 tahun) dan KK (4 tahun). Masing-masing merupakan kakak dan adik kandung. Menurut laporan awal pihak berkuasa, kedua-dua kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan saling berpelukan dengan kepala mereka hancur teruk manakala salah seorang daripada mereka didapati kehilangan tangan akibat putus sepenuhnya.
Menurut ibu kepada kedua-dua mangsa, anak-anaknya telah memohon izin untuk ke kebun bagi mencari buah durian sekitar jam petang. Difahamkan kawasan kebun tersebut terletak kira-kira 300 meter dari kediaman mereka. Namun sehingga lewat malam, kelibat mereka masih tidak kelihatan pulang ke rumah hingga menyebabkan ibu bapa mereka mula risau dan meminta bantuan penduduk kampung untuk memulakan operasi pencarian.
Ketika ditemui sekitar jam 10.30 malam, suasana menjadi hening apabila penduduk mendapati jasad kedua-dua kanak-kanak itu terbaring berdekatan antara satu sama lain di tepi jurang dalam keadaan yang sungguh menyayat hati. Tubuh mereka berlumuran darah, kepala remuk dipercayai akibat hentakan atau sabetan objek tumpul atau tajam dan terdapat kesan kelar serta luka-luka lain pada badan.
Satu penemuan penting di lokasi kejadian adalah sebilah parang yang terletak tidak jauh dari mayat mangsa. Parang tersebut dipercayai milik si abang, AT, berdasarkan pengesahan dari ibu bapanya yang memaklumkan anak itu memang membawa parang kecil setiap kali ke kebun untuk kegunaan membuka durian.
Pihak polis telah mengambil parang tersebut sebagai bahan bukti utama dan menghantarnya ke makmal forensik bagi tujuan analisis lanjut. Proses ini melibatkan pencarian cap jari, analisis darah serta bahan lain yang mungkin dapat memberikan petunjuk tentang pelaku sebenar jenayah ini.
Ketua Polis Daerah Pesisir Barat dalam satu kenyataan media mengesahkan bahawa siasatan kini giat dijalankan dengan bantuan unit forensik dari Polda Lampung. Beberapa saksi termasuk ahli keluarga, jiran terdekat serta penduduk sekitar telah dipanggil untuk membantu siasatan. Polis turut mengesan sebarang rakaman CCTV berhampiran laluan masuk ke kawasan kebun walaupun agak terhad disebabkan lokasi yang terpencil.
Dia juga menambah, motif sebenar pembunuhan masih belum dikenal pasti. Hasil awal bedah siasat menunjukkan bahawa luka-luka pada mangsa berpunca daripada senjata tajam dipercayai dilakukan dengan sengaja. Mayat kedua-dua kanak-kanak itu telah dibawa ke RSUD KH Muhammad Thohir sebelum dipindahkan ke RS Bhayangkara Polda Lampung untuk proses autopsi lanjut. Tujuan autopsi adalah untuk menentukan punca kematian secara terperinci serta mengesan sebarang unsur penderaan atau pergelutan sebelum kematian.
Pihak polis menggesa mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis terdekat. Siasatan akan diteruskan secara menyeluruh dan pihak berkuasa berikrar untuk membawa pelaku ke muka pengadilan pada masa terdekat.
Catat Ulasan for "DUA BERADIK DITEMUI MAUT DENGAN KEPALA HANCUR "