Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kisah Karen Greenlee : Wanita yang Obses dengan Mayat Lelaki

     Pada penghujung tahun 1979, seorang wanita muda bernama Karen Greenlee menggemparkan Amerika Syarikat dengan pengakuan terbuka tentang kecenderungannya terhadap necrophilia iaitu tarikan seksual terhadap mayat. Dia yang dilahirkan pada tahun 1958 bekerja sebagai pembantu di sebuah rumah mayat bernama Memorial Lawn Mortuary yang terletak di Sacramento, California. Pada waktu itu, Greenlee baru berusia 21 tahun. Tugasan hariannya termasuk membantu dalam penyediaan jenazah sebelum pengebumian serta menghantar keranda ke lokasi pengebumian.

     Pada 17 Disember 1979, berlaku satu kejadian luar jangkaan. Greenlee telah ditugaskan untuk menghantar jenazah lelaki berusia 33 tahun ke tanah perkuburan menggunakan kereta jenazah jenis Cadillac tahun 1975. Namun apa yang berlaku kemudiannya tidak dijangka sesiapa pun di mana Greenlee telah mencuri kenderaan tersebut dan melarikan diri bersama mayat.

     Beberapa hari kemudian, Greenlee ditemui oleh pihak berkuasa di kawasan pergunungan terpencil di Sierra County dalam keadaan separa sedar. Dia cuba mengambil nyawanya sendiri dengan menelan 20 hingga 30 biji pil Tylenol yang dicampur dengan codeine, satu percubaan membunuh diri yang hampir membawa maut. Cuma apa yang lebih mengejutkan ialah penemuan sepucuk surat pengakuan sepanjang lebih empat halaman dalam kereta tersebut. Dalam surat tersebut, Greenlee bukan sahaja menjelaskan tindakan nekadnya malah mengaku secara terperinci bahawa dia telah melakukan hubungan seksual dengan antara 20 hingga 40 mayat lelaki sejak mula bekerja di rumah mayat.

     Dalam suratnya, Greenlee menyatakan bahawa dia menyedari betapa ganjil dan sakit keinginan itu pada kaca mata orang ramai tetapi dia tidak dapat menolak dorongan dalaman tersebut. Greenlee menyifatkan perasaan terhadap mayat sebagai sesuatu yang sukar dikawal dan sangat kuat selain menyamakannya dengan ketagihan. Menurutnya, tarikan terhadap mayat adalah sesuatu yang berakar dalam bermula sejak usia remaja lagi. Dia tertarik kepada keheningan, bau kematian dan suasana pengebumian yang menurutnya amat menggoda dan menenangkan. Pengakuannya bukan sekadar pengakuan terhadap tindakan yang dilakukannya tetapi juga suatu luahan perasaan yang dalam tentang konflik psikologi dan seksual yang dialaminya sejak sekian lama.

     Disebabkan pada waktu itu undang-undang California tidak mengiktiraf necrophilia sebagai satu jenayah, Karen Greenlee tidak didakwa atas kesalahan tersebut. Dia sebaliknya hanya dituduh atas kesalahan mencuri kenderaan jenazah dan mengganggu prosiding pengebumian. Karen akhirnya dijatuhi hukuman penjara selama 11 hari sahaja dan denda sebanyak $255 serta diletakkan di bawah pengawasan dengan syarat wajib menjalani sesi terapi. Hukuman ringan itu mencetuskan kontroversi kerana ramai pihak melihat tindakan Greenlee sebagai menjijikkan dan tidak bermoral. 

     Lapan tahun kemudian yakni pada tahun 1987, Karen Greenlee sekali lagi menjadi perhatian umum apabila dia memberikan satu wawancara mendalam kepada penulis Jim Morton untuk dimuatkan dalam buku kontroversi berjudul Apocalypse Culture. Dalam wawancara bertajuk The Unrepentant Necrophile, Greenlee secara terbuka menyatakan bahawa dia tidak menyesali perbuatannya. Malah dia menjelaskan secara terperinci tentang kenapa mayat lelaki memberi tarikan yang besar kepadanya. Katanya, mayat tidak akan menolak, tidak akan menghina dan sentiasa tenang serta setia. 

     Kisah Karen Greenlee tetapi turut menjadi inspirasi kepada beberapa karya seni dan budaya popular. Cerita pendek bertajuk We So Seldom Look on Love karya Barbara Gowdy adalah antara karya yang terinspirasi daripada kes ini. Cerita itu kemudiannya diadaptasi ke layar perak dalam bentuk filem berjudul Kissed yang diterbitkan di Kanada pada tahun 1996 dan diarahkan oleh Lynne Stopkewich. Filem itu menyoroti kehidupan seorang wanita muda yang obses terhadap kematian dan mayat dengan watak utama diilhamkan daripada Karen Greenlee sendiri. Selain itu, kisahnya turut dijadikan asas bagi sebuah muzikal rock bertajuk The Unrepentant Necrophile oleh kumpulan seni The Coldharts.

     Selepas wawancara terbuka itu, Greenlee dilaporkan menyesali pendedahannya kepada media kerana ia menyukarkan hidupnya. Dia dikatakan menukar nama dan identiti lalu berpindah ke bandar lain untuk memulakan hidup baharu. Pada tahun 1996, terdapat laporan bahawa Greenlee telah kembali aktif dalam masyarakat melalui ceramah, puisi dan perbincangan mengenai necrophilia, seksualiti luar norma serta pembebasan seksual. Namun maklumat tentang kehidupannya selepas itu menjadi kabur dan hingga kini, tidak banyak yang diketahui tentang di mana dia berada atau apa yang dilakukannya.

Catat Ulasan for "Kisah Karen Greenlee : Wanita yang Obses dengan Mayat Lelaki"