KISAH RAIZEL CALAGO YANG BENAR-BENAR MENYEDIHKAN
.jpg)
Tidak lama selepas pertandingan tersebut, Raizel mula mengalami simptom yang aneh pada tubuhnya. Ia bermula dengan ruam merah yang gatal di seluruh badan yang pada awalnya disangka berpunca daripada gigitan serangga atau alahan biasa. Namun dalam tempoh singkat, kulit wajahnya mula berkedut, tubuhnya semakin mengecut dan penampilannya berubah seperti seorang wanita berusia 50 tahun. Dalam masa hanya dua tahun, perubahan drastik itu berlaku dengan begitu pantas dan mengejutkan sekali gusmenjadikan Raizel seolah-olah terperangkap dalam tubuh yang jauh lebih tua daripada usianya yang sebenar.

Perubahan ini memberi kesan yang mendalam terhadap emosi dan sosial Raizel. Dahulu dia seorang gadis ceria yang aktif dalam aktiviti masyarakat dan tidak segan menonjolkan diri. Keadaan fizikalnya yang berubah bagaimanapun telah membuatkan dia menjadi pendiam, menjauhkan diri daripada orang ramai dan mula mengenakan pakaian labuh serta topeng muka setiap kali keluar rumah untuk menutup wajahnya. Raizel mengakui sering berasa malu, sedih dan rendah diri apabila berdepan dengan pandangan orang sekeliling yang terkejut atau memandang pelik ke arahnya.
Kisah Raizel kemudian mendapat perhatian meluas apabila ditampilkan dalam rancangan popular Kapuso Mo, Jessica Soho. Dalam rancangan tersebut, Raizel dibawa berjumpa dengan pakar endokrinologi iaitu Dr. James Young yang melakukan pemeriksaan dan membuat diagnosis awal bahawa Raizel mungkin menghidap sejenis penyakit genetik yang sangat jarang dikenali sebagai progeria. Penyakit ini menyebabkan proses penuaan berlaku secara cepat dan tidak normal meskipun usia sebenar pesakit masih muda. Di seluruh dunia, hanya sekitar 200 kes progeria yang pernah direkodkan.
Progeria atau nama penuhnya Sindrom Hutchinson-Gilford bukan sahaja menjadikan penampilan seseorang kelihatan jauh lebih tua bahkan turut menyebabkan komplikasi kesihatan lain seperti pertumbuhan terbantut, sendi kaku, kehilangan rambut serta risiko tinggi terhadap serangan jantung dan strok. Malangnya, sehingga kini belum ada penawar yang mampu memulihkan keadaan ini. Rawatan hanya boleh dilakukan untuk menguruskan simptom dan mencegah komplikasi yang lebih serius. Raizel kini turut berisiko mengalami penyakit tulang seperti osteoporosis dan masalah jantung yang biasanya berlaku pada individu berusia lanjut.
Walaupun ujian yang dihadapinya amat berat, Raizel tetap berusaha untuk menjalani kehidupan sebaik mungkin. Dia bersama jeluarganya kini sedang berusaha mengumpul dana dan memohon bantuan kewangan bagi mendapatkan rawatan lanjutan serta pemeriksaan genetik yang lebih tepat. Kos perubatan yang tinggi merupakan cabaran utama namun keluarga Raizel tidak berputus asa dalam mencari peluang untuk mengurangkan penderitaannya.
Catat Ulasan for "KISAH RAIZEL CALAGO YANG BENAR-BENAR MENYEDIHKAN"