Kisah Rajesh Maru : Lelaki yang Maut Akibat Disedut Mesin MRI

Pada penghujung bulan Januari tahun 2018, satu kejadian ngeri telah berlaku di salah sebuah hospital kerajaan di bandaraya Mumbai, India. Mangsa iaitu Rajesh Maru, seorang lelaki berusia 32 tahun maut dalam keadaan apabila tubuhnya disedut masuk ke dalam mesin pengimbas MRI (Magnetic Resonance Imaging) hanya kerana dia membawa masuk tabung oksigen logam ke dalam bilik tersebut.
BRajesh Maru bukanlah pesakit pada hari kejadian. Dia hanyalah seorang ahli keluarga yang prihatin dan setia menemani bapa saudaranya, Laxmidas yang ketika itu mengalami masalah kesihatan dan perlu menjalani imbasan MRI di Hospital Nair, salah sebuah hospital milik kerajaan di Mumbai. Rajesh digambarkan sebagai seorang lelaki yang penyayang dan sentiasa membantu keluarganya terutamanya dalam urusan perubatan yang membebankan.
BPada 27 Januari 2018, Rajesh tiba bersama ahli keluarganya di hospital tersebut untuk menemani Laxmidas. Ketika proses menunggu giliran untuk masuk ke bilik MRI, salah seorang jururawat telah memberikan arahan kepada Rajesh untuk membawa tabung oksigen ke dalam bilik imbasan MRI. Tabung tersebut diperbuat daripada logam.
![]() |
Gambar sekadar hiasan |
Cuma apa yang mengejutkan ialah tiada seorang pun daripada staf yang memberi amaran tentang bahaya membawa bahan logam ke kawasan MRI. Mesin MRI berfungsi menggunakan medan magnet yang sangat kuat yakni sekurang-kurangnya 10 000 kali lebih kuat daripada magnet biasa yang digunakan pada peti sejuk rumah. Ini bermaksud, sebarang objek logam yang berada berdekatan dengan mesin MRI boleh disedut masuk dengan daya tarikan luar biasa sekali gus menyebabkan kecederaan parah atau maut.
Sebaik sahaja Rajesh memasuki bilik MRI sambil membawa tabung oksigen berkenaan, kejadian itu berlaku dalam sekelip mata. Mesin MRI yang ketika itu sedang aktif terus menarik tabung logam itu dengan kekuatan magnet yang sangat dahsyat. Rajesh yang masih memegang tabung tersebut turut disedut secara paksa ke arah mesin. Daya tarikan yang kuat menyebabkan tubuhnya tersepit antara mesin dan tabung oksigen yang meletup atau bocor lalu menyebabkan gas oksigen keluar secara tidak terkawal.
Akibatnya, Rajesh mengalami kecederaan dalaman yang serius serta sesak nafas akibat pendedahan kepada tekanan gas oksigen yang tinggi di ruang tertutup. Keluarga yang berada di luar hanya mampu melihat keadaan huru-hara itu tanpa mampu berbuat apa-apa. Rajesh dikejarkan untuk rawatan namun segalanya sudah terlambat. Dia disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Apa yang lebih menyakitkan keluarga mangsa ialah bagaimana kejadian ini berlaku bukan kerana kesilapan teknikal mesin tetapi kecuaian manusia terutama petugas kesihatan yang sepatutnya mempunyai pengetahuan asas tentang peraturan keselamatan di sekitar mesin MRI. Malah, pihak hospital tidak mengosongkan kawasan tersebut daripada bahan logam seperti sepatutnya dilakukan sebelum sebarang sesi imbasan MRI dijalankan.
Keluarga Rajesh segera membuat laporan polis dan menuduh pihak hospital cuai serta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kematian tersebut. Hasil siasatan mendapati bahawa seorang doktor residen serta dua kakitangan hospital telah ditahan oleh pihak berkuasa dan disiasat atas dakwaan kecuaian sehingga menyebabkan kematian. Kerajaan negeri Maharashtra bertindak segera selepas kejadian ini mendapat perhatian meluas di media sosial dan portal berita seluruh India. Mereka mengumumkan pemberian pampasan sebanyak ₹5 lakh (kira-kira RM27 000) kepada keluarga mangsa.
Catat Ulasan for "Kisah Rajesh Maru : Lelaki yang Maut Akibat Disedut Mesin MRI"