CEO Drogbruk Dikecam Teruk Selepas Insiden Rampas Topi di Terbuka AS

AMERIKA SYARIKAT - Insiden memalukan berlaku selepas perlawanan pusingan kedua Terbuka AS 2025 antara pemain tenis Poland, Kamil Majchrza dan Karen Khachanov dari Rusia. Selepas kemenangan dramatik Majchrzak, dia dilihat mendekati penonton untuk menandatangani topi dan memberikan cenderamata. Namun satu rakaman menunjukkan seorang lelaki dewasa merampas topi tersebut sebelum sempat diberikan kepada seorang kanak-kanak bernama Brock. Rakaman itu dengan cepat tular di media sosial hingga mencetuskan kemarahan ramai terhadap tindakan lelaki tersebut.
Setelah penyiasatan, lelaki tersebut dikenal pasti sebagai Piotr Szczerek iaitu seorang usahawan Poland dan CEO syarikat pembinaan Drogbruk. Szczerek kemudiannya mengeluarkan kenyataan rasmi memohon maaf atas tindakannya. Dalam kenyataan tersebut, Szczerek menjelaskan bahawa dalam suasana penuh emosi selepas kemenangan, dia tersalah anggap bahawa Majchrzak memberikan topi tersebut kepadanya untuk sebelum itu ada meminta autograf. Szczerek mengakui bahawa tindakannya kelihatan seperti merampas cenderamata dari seorang kanak-kanak dan menyatakan bahawa itu bukan niatnya tetapi dia tetap kesal kerana telah menyakiti kanak-kanak tersebut dan mengecewakan peminat.

Sebagai langkah untuk membetulkan keadaan, Szczerek menyatakan bahawa topi tersebut telah dikembalikan kepada Brock dan dia juga telah memohon maaf kepada keluarga kanak-kanak tersebut. Szczerek juga menekankan bahawa sebarang kenyataan dalam talian yang mendakwa dia atau keluarganya telah mengulas mengenai insiden tersebut adalah palsu dan tidak sahih. Szczerek menegaskan bahawa dia dan keluarganya tidak membuat sebarang kenyataan di media sosial atau laman web berkenaan insiden itu.
Kejadian ini turut memberi kesan kepada reputasi syarikatnya, Drogbruk. Selepas identiti Szczerek didedahkan, syarikat tersebut menerima gelombang ulasan negatif di platform dalam talian hingga menyebabkan penurunan ketara dalam penarafan Google dan Trustpilot. Sebagai tindak balas, Szczerek menyatakan bahawa dia dan isterinya telah lama terlibat dalam membantu kanak-kanak dan atlet muda tetapi kejadianini menunjukkan bahawa satu detik kelalaian boleh merosakkan usaha tersebut. Dia menggambarkan kejadian ini sebagai pengajaran dan berjanji untuk lebih aktif terlibat dalam inisiatif yang menyokong kanak-kanak serta belia serta menentang keganasan dan kebencian. Szczerek menegaskan bahawa hanya melalui tindakan dia akan dapat membina semula kepercayaan yang telah hilang.
Sementara itu, Majchrzak bertindak balas terhadap kejadian tersebut dengan mencari Brock dan bertemu dengan kanak-kanak tersebut untuk memohon maaf secara peribadi. Dia juga memberikan topi baru yang ditandatangani serta beberapa cenderamata lain kepada Brock. Majchrzak menyatakan bahawa kejadian tersebut adalah salah faham yang berlaku dalam suasana kegembiraan selepas perlawanan dan dia berharap dapat memperbaiki keadaan.
Catat Ulasan for "CEO Drogbruk Dikecam Teruk Selepas Insiden Rampas Topi di Terbuka AS"