Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Dari Dunia Hiburan Dewasa ke Nur Islam: Kisah Hijrah Pelakon Jepun Rae Lil Black

     Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil Black adalah seorang model dan pempengaruh media sosial dari Jepun. Wanita ini mula mendapat perhatian umum kerana penglibatan dalam industri hiburan dewasa dan kemudian mengalami perubahan hidup yang signifikan apabila dia memeluk Islam. Selepas menjadi mualaf, Rae Lil Black turut mengambil nama Nuray Istiqbal.

    Dilahirkan pada 17 Ogos 1996 di Osaka, Jepun, Rae Lil Black telah memulakan kerjayanya dalam industri dewasa sekitar umur 20 tahun. Dia menjadi terkenal melalui video-video dewasa yang mendapat banyak tontonan dalam tempoh singkat. Selain itu, Rae Lil Black juga menerima pencalonan dalam beberapa anugerah berkaitan industri tersebut. Sebaik sahaja memiliki platform di media sosial, Rae Lil Black juga menghasilkan kandungan jenis selain pekerjaan dewasa termasuk vlog, mukbang, ASMR (Autonomous Sensory Meridian Response) dan video perjalanan. 


     Perjalanan kerohanian Rae Lil Black mula berubah secara mendalam selepas dia mengunjungi Malaysia pada tahun 2024. Semasa lawatan ke Kuala Lumpur, Rae Lil Black mula menunjukkan minat yang serius terhadap budaya Islam termasuk memakai hijab dan mengunjungi masjid-masjid. Pengalaman berinteraksi dengan orang Islam, suasana masyarakat Muslim dan suasana ibadah di Malaysia memberi kesan yang kuat ke atas hatinya. 

     Rae Lil Black berkata bahawa sikap mesra dan sambutan hangat daripada masyarakat Muslim di Malaysia adalah antara faktor yang membuatkan dia rasa diterima dengan tangan terbuka. Pengalaman ini membuka peluang untuknya memahami lebih dalam tentang ajaran Islam melalui bacaan sendiri, video dan juga perbualan dengan individu Muslim. 


     Selepas tempoh refleksi dan pembelajaran, Rae Lil Black akhirnya mengisytiharkan bahawa dia telah memeluk Islam. Rae Lil Black mula mengamalkan beberapa aspek asas dalam Islam seperti puasa Ramadan, menunaikan solat, memakai pakaian yang lebih menutup seperti hijab dan menjauhkan diri daripada kandungan dewasa dalam kandungan media sosialnya. 

     Dalam temu bual dengan pihak media, Rae Lil Black menyatakan bahawa proses pertukaran identiti rohaninya bukan sesuatu yang tiba-tiba tetapi melalui fasa belajar selama beberapa bulan. Dia sendiri mengakui ada masa di mana fikirannya keliru dan ada kekacauan dalaman sebelum berjaya mengamalkan ibadah lima waktu dengan lebih konsisten. 

     Perubahan besar seperti ini tidak terlepas daripada pelbagai reaksi dari pengikut Rae Lil Black di media sosial. Sesetengah pengikut memberikan sokongan, rasa kagum dengan keputusannya yang dianggap membina. Namun ada juga yang skeptik atau mengkritik terutama berkaitan masa lalunya dalam industri dewasa. Ada tuduhan bahawa video lama masih ada atau ada kandungan yang masih digunakan oleh pihak produksi walaupun dia sudah menyatakan tidak lagi aktif. Rae Lil Black menjawab bahawa beberapa video tersebut telah dirakam lama dan masih di bawah kawalan kontrak dengan syarikat produksi. 

     Perubahan spiritual ini juga dilihat telah membawa perubahan hubungan peribadi. Rae Lil Black menyebut bahawa selepas dis mula mendalami Islam, hubungan dengan keluarga menjadi lebih erat selepas sebelumnya agak jauh. Selain itu, yakni darri segi pengikut di media sosial, dia menghadapi penurunan jumlah pengikut apabila beliau mula menyebarkan kandungan ke arah keagamaan dan menghapuskan kandungan lama yang tidak selari dengan kepercayaan barunya. 

     Selepas pengisytiharan keislamannya, Rae Lil Black mengambil nama Nuray Istiqbal sebagai identiti barunya dalam kehidupan beragama dan secara awam. Walau bagaimanapu, dia masih menggunakan nama Rae Lil Black dalam sesetengah platform dan kandungan agar pengikut lama yang belum mengetahui perubahan ini tetap dapat mengakses transformasinya. Dia juga secara terbuka menyatakan niat untuk terus belajar lebih dalam tentang Islam termasuk bacaan al-Qur'an, memahami solat dengan betul dan mempraktikkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian. Komitmen ini muncul sejajar dengan hasratnya untuk menjauhi kegiatan-kegiatan lama yang tidak selari dengan kepercayaan Islam. 

Catat Ulasan for "Dari Dunia Hiburan Dewasa ke Nur Islam: Kisah Hijrah Pelakon Jepun Rae Lil Black"