Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KRONOLOGI PENUH KES KEMATIAN NGERI TIARA ANGELINA SARASWATI

     Satu kes pembunuhan kejam telah berlaku di Jawa Timur, Indonesia yang melibatkan seorang wanita muda bernama Tiara Angelina Saraswati pada awal September 2025. Mangsa berusia 25 tahun itu yang berasal dari Lamongan itu merupakan graduan Universiti Trunojoyo Madura. Identitinya disahkan oleh pihak polis setelah penemuan puluhan potongan tubuh di kawasan Pacet–Cangar, Mojokerto.

BbbbbMenerusi laporan media tempat Indonesia, Tiara Angelina Saraswat sebelum inii telah bernikah secara rahsia dengan seorang lelaki berusia 24 tahun iaitu Alvi Maulana yang berasal dari Labuhanbatu, Sumatera Utara. Sejak April 2025, pasangan ini tinggal bersama di sebuah rumah sewa di kawasan Lakarsantri, Surabaya. Walaupun hidup bersama, hubungan mereka dikatakan tidak stabil kerana selalu bertengkar. 

     Pada malam Sabtu, 6 September 2025, satu lagi pertengkaran besar tercetus antara Tiara dan Alvi. Tiara pada mulanya mengunci pintu bilik namun akhirnya membuka lalu membenarkan Alvi masuk. Pertengkaran itu memuncak sehingga menimbulkan keganasan. Dalam keadaan marah dan hilang pertimbangan, Alvi bertindak mencekik Tiara sehingga mangsa lemas lalu meninggal dunia di tempat kejadian.

     Selepas memastikan mangsa sudah tidak bernyawa, Alvi melakukan tindakan kejam yang sukar dibayangkan. Mayat Tiara dibawa ke bilik mandi sebelum dikerat menggunakan senjata tajam. Tubuh mangsa dipotong kepada puluhan bahagian kecil. Bahagian-bahagian itu kemudiannya diasingkan dengan sebahagian daripadanya disimpan di rumah sewa itu manakala selebihnya dibawa keluar untuk dibuang jauh dari lokasi.

     Keesokan harinya, orang awam yang melalui Jalan Raya Pacet–Cangar, Mojokerto telah mendapati sesuatu yang mencurigakan di tepi jalan. Setelah diperiksa, mereka terkejut apabila menemui puluhan potongan tubuh manusia bertaburan di semak-semak. Polis yang dipanggil ke lokasi kemudian mengesahkan bahawa terdapat kira-kira 65 potongan tubuh kecil termasuk anggota badan seperti tangan, kaki dan cebisan otot. Penemuan ini segera mencetuskan penyiasatan besar-besaran.

     Tidak lama selepas itu, polis melakukan penggeledahan di rumah sewa tempat pasangan itu tinggal. Hasil pemeriksaan mengejutkan apabila pihak berkuasa menemui lebih banyak potongan tubuh termasuk mata dan cebisan kulit yang disembunyikan di dalam almari. Polis mengesyaki bahawa mangsa bukan sahaja dipotong malah sebahagian tubuhnya turut dikuliti. Pihak polis bergerak pantas untuk mengenal pasti identiti mangsa. Hasil pemeriksaan awal, identiti Tiara Angelina Saraswati dapat disahkan pada masa singkat. 

     Tidak sampai 14 jam selepas potongan tubuh ditemui di Mojokerto, pihak polis berjaya mengesan dan menangkap Alvi Maulana di kawasan Lidah Wetan, Surabaya. Menurut Ketua RT setempat, Alvi ditahan dalam keadaan tenang selain kelihatan seperti santai-santai sahaja tanpa menunjukkan rasa panik. Dia kini ditahan di Polres Mojokerto untuk siasatan lanjut dan bakal berdepan dengan tuduhan berat di mahkamah.

     Hasil siasatan awal mendapati motif utama pembunuhan adalah berpunca daripada sakit hati dan dendam. Polis mendedahkan bahawa Alvi menyimpan perasaan marah terhadap Tiara yang dianggap memperlakukannya dengan cara yang menyakitkan hati. Selain faktor emosi, terdapat juga kemungkinan unsur tekanan ekonomi yang menambah beban dan mendorong pelaku melakukan jenayah. Walau bagaimanapun, pihak polis masih menjalankan pendalaman siasatan untuk mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai motif sebenar.

Catat Ulasan for "KRONOLOGI PENUH KES KEMATIAN NGERI TIARA ANGELINA SARASWATI"