Wanita Cantik Ini Koruptor Paling Muda di Indonesia

Nurafifah Balqis merupakan seorang wanita muda Indonesia yang dicatat sebagai salah seorang koruptor termuda dalam sejarah negara itu. Kes ini menjadi perhatian bukan sahaja kerana jumlah wang yang terlibat tetapi juga kerana dia masih muda dan mempunyai kedudukan strategik dalam politik.
Nurafifah dilahirkan pada tahun 1997 di Balikpapan, Kalimantan Timur. Sejak muda, dia menunjukkan minat yang mendalam terhadap politik. Nurafifah menuntut dalam bidang undang-undang dan mula aktif dalam parti politik khususnya Parti Demokrat. Pada usia muda, dia dilantik sebagai Bendahari Umum Dewan Perwakilan Cabang (DPC) Parti Demokrat Balikpapan. Jawatan ini memberi Nurafifah kuasa dan akses langsung terhadap pengurusan kewangan parti serta hubungan dengan tokoh-tokoh politik tempatan termasuk Bupati Penajam Paser Utara, Abdul Gafur Mas’ud yang juga merupakan bapa angkat politik beliau. Dalam kedudukan ini, dia dipercayai memainkan peranan penting dalam pengurusan dana parti dan pengaruh politik tempatan.

BPada Januari 2022, Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) Indonesia melakukan Operasi Tangkap Tangan (OTT) terhadap Nurafifah dan beberapa individu lain termasuk Abdul Gafur Mas’ud. Operasi ini berlaku di sebuah pusat beli-belah mewah di Jakarta Selatan. Hasil siasatan mendapati Nurafifah terlibat secara langsung dalam menerima, menyimpan dan menguruskan wang suapan yang diberikan untuk mempermudah urusan projek dan kelulusan di Kabupaten Penajam Paser Utara. Jumlah keseluruhan wang suapan yang diuruskan oleh beliau dianggarkan sebanyak Rp5, 7 bilion (sekitar RM1.48 juta) termasuk wang tunai yang dirampas sebanyak Rp1 bilion (sekitar RM260 000) dan baki dalam akaun banknya berjumlah Rp447 juta (sekitar RM116 000). Peranan Nurafifah bukan sekadar penerima wang tetapi juga dipercayai memberi nasihat kepada pihak terlibat bagaimana untuk menguruskan wang suapan ini agar tidak mudah dikesan oleh pihak berkuasa.
Kes Nurafifah melalui proses undang-undang yang panjang dan teliti. Pada 26 September 2022, Pengadilan Tindak Pidana Korupsi (Tipikor) Samarinda menjatuhkan hukuman penjara selama empat tahun enam bulan serta denda sebanyak Rp300 juta (sekitar RM78 000). Sekiranya denda ini tidak dibayar, dia perlu menjalani tambahan hukuman empat bulan penjara. Hukuman ini lebih ringan berbanding dengan tuntutan Jaksa Penuntut Umum yang meminta hukuman enam tahun penjara. Kini Nurafifah sedang menjalani hukuman di Lembaga Pemasyarakatan Perempuan Kelas IIA Tenggarong, Kalimantan Timur.

Sebelum penangkapan, Nurafifah terkenal dengan gaya hidup mewah yang dikongsikan melalui media sosial. Foto-fotonya bersama kenderaan mewah, percutian eksklusif dan hubungan rapat dengan tokoh politik menimbulkan persoalan mengenai sumber kewangan yang diperoleh. Setelah penangkapan Nurafifah, gaya hidup ini menjadi bukti tambahan yang menekankan bahawa wang suapan telah digunakan untuk kepentingan peribadi dan memperlihatkan betapa seriusnya penglibatannya dalam rasuah.
Catat Ulasan for "Wanita Cantik Ini Koruptor Paling Muda di Indonesia "