KISAH BAEKUNI : Pembunuh Kanak-Kanak yang Kejam Baekuni

Baekuni yang lebih dikenali sebagai Babe adalah salah seorang pembunuh bersiri paling keji dalam sejarah jenayah Indonesia. Dia dilahirkan di Magelang, Jawa Tengah pada awal 1960-an. Menurut beberapa laporan, ketika kecil dia menghadapi kehidupan yang sangat sukar. Keluarganya miskin dan Baekuni sering diejek oleh kanak-kanak lain kerana prestasi sekolah yang rendah. Disebabkan ejekan dan tekanan hidup, dia akhirnya meninggalkan sekolah dan merantau ke Jakarta untuk mencari rezeki. Di Jakarta, Baekuni hidup seperti gelandangan bertahan hidup ialah dengan menjual ladu kukus dan menjadi penghibur jalanan.
Trauma masa kecil juga sangat mempengaruhi kehidupan Baekuni dewasa. Ada laporan bahawa dia pernah menjadi mangsa liwat oleh lelaki samseng semasa masih muda ketika berada di jalanan. Pengalaman ini dipercayai menjadi salah satu akar kepada gangguan psikologinya terutama kecenderungan seksual menyimpang dan fantasi kekerasan.

Baekuni memulakan aksi jenayahnya sekitar tahun 1993 di mana dia menyasarkan kanak-kanak lelaki yang hidup di jalanan yakni berumur antara kira-kira 7 hingga 12 tahun. Dia memikat mangsa-mangsanya dengan tawaran mudah seperti makanan, wang atau tempat tinggal selain menjadikan dirinya sebagai bapa angkat kepada anak-anak jalanan. Namun di sebalik kebaikan itu, Baekuni melakukan aksi seksual terhadap kanak-kanak tersebut sebelum atau selepas membunuh mereka. Beberapa keterangan polis menyatakan bahawa dia mula dengan teknik membunuh dengan mencekik dahulu, kemudian disusuli tindakan meliwat Lama-kelamaan, corak keganasannya menjadi lebih mengerikan. Baekuni memotong mayat beberapa mangsa yang berkemungkinan untuk memudahkan pembuangan tubuh tanpa diketahui.
Menurut pengakuannya semasa siasatan, Baekuni telah membunuh 14 orang kanak-kanak jalanan. Ada juga laporan menyebut angka mangsa mungkin lebih tinggi kerana sukar mengesan identiti kanak-kanak jalanan yang tidak mempunyai dokumen rasmi.
Pada tanggal 9 Januari 2010, pihak polis berjaya menahan Baekuni di kediaman sewanya di daerah Pulo Gadung, Jakarta Timur. Penahanan ini berlaku selepas penemuan mayat seorang kanak-kanak bernama Ardiansyah (sekitar 9 tahun) di mana kepalanya dan tubuhnya terpisah dan ditemui di lokasi yang mengerikan. Semasa sesi soal siasat, Baekuni mengaku bahawa dia telah melakukan liwat dan pembunuhan sejak tahun 1993.

Dalam perbicaraan di Mahkamah Negeri Jakarta Timur, pada 6 Oktober 2010, Baekuni dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas tuduhan pembunuhan dan sodomi. Walau bagaimanapun, pihak pendakwaan berasa hukuman itu tidak cukup dan mengemukakan rayuan. Mahkamah Tinggi Jakarta kemudian mengubah hukuman menjadi hukuman mati pada rayuan mereka.
Baekuni akhirnya mengemukakan permohonan rayuan tetapi Mahkamah Agung menolak rayuannya. Dalam putusan terakhir, hukuman mati dikekalkan sekali gus menandakan bahawa perbuatan kejamnya diiktiraf secara sah dan disabitkan dalam sistem perundangan. Tidak jelas sama ada hukuman gantung tersebut sudah dilaksanakan atau sebaliknya.
Catat Ulasan for "KISAH BAEKUNI : Pembunuh Kanak-Kanak yang Kejam Baekuni"