Kisah Satoru Takaba: Suami Yang Terus Membayar Sewa Rumah Pembunuhan Isterinya Selama Dua Dekad

Pejabat polis tempatan terus memulakan siasatan besar-besaran dengan mengerahkan kira-kira 100 000 pegawai polis dan menyoal lebih 5000 individu. Walau bagaimanapun, identiti pembunuh kekal tidak diketahui selama bertahun-tahun.
Suaminya, Satoru Takaba yang ketika itu tinggal bersama isterinya dan anak mereka di pangsapuri tersebut memilih langkah yang luar biasa dalam menghadapi kejadian itu. Dia berpindah keluar bersama anaknya dan tidak pernah kembali menetap di pangsapuri tersebut. Cuma Satoru terus membayar sewa pangsapuri itu bukan untuk mendiaminya tetapi kerana dia berniat mengekalkan lokasi kejadian agar bukti tidak diusik atau dimusnahkan. Semua perkakas, buku, pakaian, helaian surat milik Namiko dan kesan darah yang terdapat di koridor dibiarkan kekal. Dia menolak untuk membuang sebarang barang atau melakukan pembersihan besar-besaran bagi memastikan keadaan tempat kejadian kekal seperti ketika mayat isterinya ditemui.


Bermula dari tahun 1999 hingga 2025 iaitu selama 26 tahun, Satoru terus membayar sewa pangsapuri tersebut walaupun dia tidak lagi tinggal di situ. Sepanjang tempoh itu, jumlah keseluruhan sewa yang dibayarnya dianggarkan sekitar ¥22 juta (USD145 000 / RM590 000). Satoru juga tidak pernah berkahwin semula. Setiap kali tarikh 13 November tiba, dia mengakui berasa cemas, sedih dan tidak sanggup menonton laporan berita mengenai kes isterinya.
Pada 30 Oktober 2025, satu perkembangan penting berlaku apabila seorang wanita berumur 69 tahun bernama Kumiko Yasufuku menyerah diri kepada pihak polis di Prefektur Aichi. Setelah ujian DNA dijalankan, darah yang ditemui di koridor pangsapuri yang masih terpelihara kerana tindakan Satoru didapati sepadan dengan Yasufuku. Hasil siasatan menunjukkan bahawa wanita itu pernah menjadi rakan sekelas Satoru ketika zaman persekolahan. Difahamkan bahawa pada waktu sekolah menengah, Yasufuku pernah menaruh perasaan terhadap Satoru. Wanita itu pernah menghantar coklat dan surat pada Hari Valentine. Namun perasaannya tidak pernah dibalas. Selepas tamat persekolahan, mereka hanya bertemu sekali dalam satu perjumpaan semula kelas dan kemudian tidak lagi berhubung.

Apabila dimaklumkan bahawa pembunuh isterinya ialah seseorang yang dikenalinya, Satoru mengaku sangat terkejut. Dia menyangka pembunuh sudah lama melarikan diri jauh dari Nagoya namun sebaliknya wanita itu tinggal tidak jauh dari pangsapuri yang telah disewanya selama lebih dua dekad. “Saya tidak pernah sangka suspek adalah dia,” katanya.
Satoru turut menyatakan bahawa selepas penangkapan itu, segala pembayaran sewa yang dilakukan selama bertahun-tahun akhirnya dirasakan berbaloi. Dengan nada yang bercampur antara lega dan kesedihan, Satoru berkata dia memohon maaf kepada mendiang isterinya kerana tidak lebih kerap menyatakan penghargaan ketika wanita itu masih hidup termasuk pujian ringkas seperti “masakan awak sedap” yang kini dirasakan sangat bermakna.
Catat Ulasan for "Kisah Satoru Takaba: Suami Yang Terus Membayar Sewa Rumah Pembunuhan Isterinya Selama Dua Dekad"