Kisah Guru Wanita yang Diserang Pelajar Kerana Obses


     Kejadian berdarah yang berlaku di Kulon Progo, Yogyakarta ini melibatkan seorang guru wanita yang dikenali sebagai Puan Wening Pamujiasih, 35 tahun. Dia bertugas sebagai guru ganti di sebuah sekolah menengah di daerah tersebut. Puan Wening dikenali bukan sahaja kerana paras rupanya yang menarik tetapi juga kerana sifatnya yang lemah lembut dan dedikasi tinggi dalam mendidik. 

     Di sisi lain, pelaku merupakan pelajarnya sendiri yang berinisial CB, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang menuntut di tingkatan empat. Sejak dari awal pertemuan, CB telah memendam perasaan cinta yang mendalam dan obsesif terhadap gurunya itu walaupun Puan Wening sudah pun berstatus isteri orang.


     Siasatan mendapati bahawa CB mempunyai sejarah gangguan mental yang tidak stabil dan pernah mendapatkan rawatan di hospital jiwa. Namun sepanjang berada di sekolah, dia mampu bersosial seperti pelajar biasa. Obsesi CB terhadap Puan Wening bermula daripada salah faham terhadap layanan baik dan perhatian yang diberikan oleh guru tersebut. CB mula bertindak di luar batasan dengan mengekori mangsa pulang ke rumah dan melakukan pengintaian secara rahsia untuk mengetahui rutin harian serta alamat kediaman mangsa. Perasaan cinta yang tidak berbalas ini akhirnya bertukar menjadi satu delusi yang berbahaya.

     Pada malam 21 November 2019, CB mengambil kesempatan apabila mengetahui suami mangsa tiada di rumah kerana menghadiri mesyuarat di masjid. Niat asal pelaku adalah untuk memecah masuk bagi mencuri pakaian dalam mangsa sebagai tanda "kenang-kenangan" bagi mengubati kerinduannya. Dia masuk melalui pintu belakang rumah yang tidak berkunci rapat. Namun sebaik sahaja berada di dalam dapur, rancangannya berubah secara drastik apabila dia melihat sebilah pisau. Dalam keadaan mental yang tidak stabil, dia mendakwa mendengar bisikan yang mendorongnya untuk mencederakan mangsa.


     CB kemudiannya meluru masuk ke bilik tidur ketika Puan Wening sedang nyenyak terjaga. Tanpa sebarang amaran, dia menikam mangsa di bahagian ulu hati menggunakan pisau tersebut. Apa yang lebih mengejutkan yakni ketika mangsa sedang mengerang kesakitan, CB sempat membisikkan kata-kata cinta dengan menyatakan bahawa dia melakukan tindakan itu kerana terlalu menyayangi gurunya. Mangsa menjerit meminta tolong sehingga menyebabkan pelaku panik sebelum melarikan diri. Namun dalam kekalutan tersebut, CB tertinggal telefon bimbitnya di atas katil mangsa.

     Puan Wening segera dikejarkan ke hospital oleh ahli keluarganya dan berjaya diselamatkan walaupun mengalami kecederaan dalaman yang serius. Pihak polis berjaya menjejaki CB dalam tempoh yang singkat hasil penemuan telefon bimbit yang tertinggal di tempat kejadian. Semasa disoal siasat, CB mengaku dengan tenang segala perbuatannya dan menyatakan motif utamanya adalah kerana cinta yang terlalu mendalam. 


     Walaupun mempunyai rekod gangguan mental, pihak berkuasa tetap menjalankan proses undang-undang dengan menjerat pelaku di bawah Pasal 351 KUHP (Penganiayaan Berat). Cuma memandangkan pelaku masih di bawah umur, hukuman yang dikenakan disesuaikan dengan sistem peradilan jenayah kanak-kanak.

Catat Ulasan for "Kisah Guru Wanita yang Diserang Pelajar Kerana Obses"