Datuk Bandar Tangkap Dua Doktor Berhubungan Intim Dalam Bilik Ketika Pesakit Beratur Panjang

     BRAZIL- Satu skandal menggemparkan berlaku di Hospital Perbandaran Jailton Messias de Albuquerque apabila Datuk Bandar Barreiros, Carlinhos da Pedreira menangkap dua orang doktor bertugas yang sedang melakukan hubungan intim di dalam sebuah bilik terkunci semasa pesakit sedang beratur panjang menunggu rawatan. Kejadian dilaporkan berlaku pada malam 4 November. 

       Insiden tersebut terbongkar selepas Datuk Bandar Pedreira membuat pemeriksaan mengejut ke hospital yang terletak di negeri Pernambuco itu susulan aduan awam mengenai tempoh penungguan yang terlalu lama. Semasa meronda di jabatan kecemasan dan lorong hospital, dia mendapati ramai pesakit masih belum dirawat. Pedreira bersama pasukannya kemudian menuju ke kawasan rehat kakitangan dan mengarahkan sebuah bilik yang berkunci supaya dibuka sebelum mendapati seorang doktor lelaki dan seorang doktor wanita berada di dalamnya.

      Suasana menjadi tegang apabila Datuk Bandar meluahkan kemarahannya terhadap kedua-dua doktor berkenaan. Berdasarkan rakaman video semasa pemeriksaan tersebut, Pedreira menegaskan bahawa tindakan mereka amat tidak bertanggungjawab ketika jabatan kecemasan dipenuhi pesakit. Dia turut mendakwa bahawa daripada tiga doktor yang sepatutnya bertugas pada malam berkenaan, hanya seorang sahaja yang kelihatan merawat pesakit. Susulan kejadian itu, doktor bandar berkenaan mengarahkan supaya kedua-dua doktor tersebut diiring keluar dari bangunan hospital dan meminta pihak polis dipanggil ke lokasi.

     Berikutan skandal itu juga, pihak Pihak Berkuasa Tempatan Barreiros mengambil tindakan tegas dengan menamatkan serta-merta kontrak syarikat pengurusan hospital. Pentadbiran perbandaran mengambil alih pengurusan hospital secara langsung bagi memastikan perkhidmatan kesihatan kepada orang ramai dapat diteruskan tanpa gangguan sementara menunggu proses tender baharu selesai.

      Walau bagaimanapun, Majlis Perubatan Wilayah Pernambuco dalam kenyataan rasminya pada 5 November menyatakan reaksi terhadap tindakan Datuk Bandar yang menuduh dan mengaibkan doktor berkenaan secara terbuka di hadapan awam. Pihak majlis menegaskan bahawa sebarang isu kelemahan perkhidmatan atau pelanggaran tatatertib perlu disiasat mengikut saluran undang-undang dan prosedur institusi yang betul di samping mempertahankan hak pertahankan diri bagi pegawai yang terlibat.


Catat Ulasan for "Datuk Bandar Tangkap Dua Doktor Berhubungan Intim Dalam Bilik Ketika Pesakit Beratur Panjang"